Skip to main content

Selebriti

Didakwa Akan Diboikot Sebab Jadi ‘Dulang Girl’ Amira Othman, Anzalna Nasir Dedah ‘Followers’ Makin Meningkat – “Hati Mereka Baik Sebenarnya…”

Didakwa Akan Diboikot Sebab Jadi Dulang Girl Amira Othman, Anzalna Nasir Dedah Followers Makin Meningkat

Pelakon, Anzalna Nasir mendedahkan jumlah pengikutnya di media sosial menunjukkan peningkatan meskipun menerima kritikan susulan penampilannya sebagai pengiring dulang (bridesmaid) pada majlis pernikahan pasangan selebriti, Amira Othman dan Fattah Amin yang berlangsung Ahad lalu.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 37, menyatakan bahawa perkembangan tersebut membuktikan rata-rata pengguna media sosial tidak memboikotnya seperti yang didakwa oleh segelintir pihak sebelum ini.

Advertisement

“Ya, saya tahu benda ini bukanlah penting sangat tapi saja nak share dengan awak semua.

“Followers saya dekat Instagram dan Thread pun naik, TikTok pun sama.

“Maknanya mereka tak unfollow atau boikot pun. Hati mereka sebenarnya baik, tak buat apa-apa yang digembar-gemburkan,” maklumnya.

Dalam pada itu, Anzalna turut mengambil kesempatan memohon maaf atas sebarang kekhilafan yang mungkin menyinggung mana-mana pihak.

“Jangan marah-marah lagi okay, saya pun nak minta maaf kalau ada salah silap.

“Maruah takkan jatuh pun bila kita merendah diri untuk minta maaf. Sayang semua,” coretnya.

Terdahulu, penyertaan Anzalna sebagai gadis dulang pada majlis itu hangat diperkatakan di media sosial kerana hubungannya yang diketahui akrab dengan bekas isteri Fattah, iaitu pelakon Nur Fazura.

Namun, Anzalna sebelum ini menegaskan dirinya tidak berpihak kepada sesiapa dan sentiasa menghormati kedua-duanya sebagai sahabat baik.

Must-Watch Video

Advertisement