Skip to main content

Selebriti

Didakwa Buat-Buat Kena Rasuk Dalam Podcast, Iskandar Rahman Komen - “Agak-Agaklah Kalau Nak Berlakon Pun, Mata Tak Berkelip…”

Iskandar kena rasuk

Sekilas

  • Iskandar Rahman menafikan dakwaan bahawa insiden dirasuk semasa rakaman podcast Sembang Ohh Yeahh adalah lakonan atau gimik.
  • Iskandar menjelaskan setiap episod podcast dirakam secara spontan tanpa skrip dan kejadian itu berlaku secara tidak dirancang.
  • Rakaman insiden tersebut tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen sama ada mempercayai atau meragui kesahihannya.

Hos podcast Sembang Ohh Yeahh, Iskandar Rahman menafikan dakwaan kononnya insiden dirinya dirasuk ketika merakamkan salah satu episod podcast itu hanyalah lakonan atau gimik untuk meraih perhatian.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Iskandar menjelaskan kejadian yang berlaku itu langsung tidak pernah dirancang.

Malah katanya, setiap episod podcast kendaliannya dirakam secara spontan tanpa sebarang skrip.

“Benda tak ada dalam perancangan. Itu bukan paranormal. Wallahi tak ada niat untuk ke arah tu. Apa Yang berlaku dalam podcast semua raw.

“Tiada daya dan upaya melainkan semua kehendaknya. Tak pernah sekali pun episod podcast aku yang aku rancang. Semua Raw and real footage,”


Jelas Iskandar lagi, reaksi yang dipamerkan termasuk keadaan matanya yang tidak berkelip serta air mata mengalir ketika kejadian itu bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat.

“Agak-agak lah kalau saya nak berlakon pun. Mata tak berkelip and the best part waktu kejadian saya menitiskan air mata bro.

“Kalau lakonan, saya dah boleh dapat Oscar dah. Korang tengok dan nilai lah sendiri. Kun fayakun,” jelasnya.

Terdahulu, rakaman memaparkan kejadian yang berlaku ketika sesi podcast itu tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang mempercayai insiden berkenaan benar-benar berlaku, manakala segelintir lagi mendakwa ia hanyalah kandungan yang direka untuk meraih tontonan semata-mata.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika rakaman podcast mereka yang bertajuk ‘Ustaz Syafiq Prai Islamkan Jin Dalam Studio SOY’ baru-baru ini.


 

Anda mungkin berminat dengan

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Must Watch Video

Advertisement