Skip to main content

Hiburan

Didakwa Buat Ritual Tarik Duit Untuk Kaya, Pelakon Jelaskan Sebab Berada Di Gunung Kawi

Sarwendah mengaku mengunjungi Gunung Kiwi namun  menegaskan kehadirannya di lokasi itu adalah semata-mata atas urusan kerja.

Sekilas

  • Sarwendah menafikan dakwaan melakukan ritual pesugihan di Gunung Kawi dan menjelaskan kehadirannya hanya untuk penggambaran program seram KBP The Lost World.
  • Pelakon itu turut menjelaskan dia mengikuti adat tempatan sebagai tanda hormat dan bukan amalan sesat seperti yang didakwa.
  • Dakwaan itu timbul selepas satu temu bual dengan juru kunci Gunung Kawi yang menyebut nama Sarwendah, namun pihak berkuasa menganggap cerita tersebut sebagai mitos.
Advertisement

Pelakon dan usahawan terkenal Indonesia, Sarwendah, akhirnya tampil menjelaskan dakwaan yang tular di media sosial kononnya dia pernah melakukan ritual pesugihan atau amalan sesat untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan pintas di Gunung Kawi, Malang.

Sambil tersenyum, bekas isteri Ruben Onsu itu menjawab soalan yang dilemparkan Denny Sumargo sewaktu menjadi tetamu podcast.

Advertisement

Sarwendah mengaku mengunjungi Gunung Kiwi namun  menegaskan kehadirannya di lokasi itu adalah semata-mata atas urusan kerja.

"Saya sebenarnya sedang menjalani penggambaran program KBP The Lost World. Ada videonya. Kami ke Gunung Kawi untuk penggambaran program bertemakan seram," katanya seperti dilaporkan Kompas.

Menurut Sarwendah lagi, program berkenaan diterbitkan ketika pandemik COVID-19 dan disiarkan secara dalam talian menerusi MOP Channel, syarikat hiburan milik  Ruben Onsu.

Dia juga menjelaskan lokasi Gunung Kawi merupakan salah satu destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak produksi.

"Jadual penggambaran kami melibatkan beberapa bandar di Malang dan saya ditugaskan ke Gunung Kawi.

Sebagai artis, saya hanya hadir mengikut jadual kerja kerana ia merupakan program seram. Apa yang diperkatakan di luar sana langsung tidak benar," tegas pelakon Kembang Kantil itu.

Mengulas mengenai dakwaan dia melakukan ritual di lokasi tersebut, Sarwendah mengakui ada mengikuti beberapa adat tempatan, namun ia hanyalah sebagai tanda menghormati masyarakat setempat dan bagi mendapatkan izin sebelum memulakan penggambaran.

"Apabila sampai di sana, kami diminta mengucapkan tanda terima kasih dan menghormati adat setempat. Kami juga diminta makan nasi kuning bersama-sama dengan semua kru," katanya.

Sarwendah menegaskan adat tersebut langsung tidak mempunyai kaitan dengan amalan pesugihan seperti yang didakwa.

"Tak ada. Memang tak ada. Seribu peratus tak pernah ada ritual pesugihan," tegasnya.

Kontroversi itu tercetus selepas tular sedutan temu bual di saluran YouTube Bang Brew TV, apabila Pesulap Merah menemubual seorang lelaki yang dipercayai merupakan juru kunci kawasan Gunung Kawi, dikenali sebagai Pak Narko.

Dalam temu bual tersebut, Pak Narko mendakwa beberapa selebriti pernah mengunjungi Gunung Kawi untuk mencari keberkatan dan secara terbuka menyebut nama Sarwendah sebagai antara individu yang dikatakan bukan sekadar datang melawat, malah melakukan ritual.

Kisah banyak orang melakukan ritual dan amalan sesat untuk cepat kaya di Gunung Kawi merupakan cerita yang disampaikan dari turun-temurun. Namun pemerintah menegaskan cerita tersebut hanya satu mitos.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement