Skip to main content

Hiburan

Didakwa Kutip Derma Masuk Poket Sendiri, Syaiful Zero Tampil Pertahan Diri - “Saya Buat Infaq Kuih & Nasi Lemak…”

dcdvds

Sekilas

  • Pelawak Syaiful Zero menafikan dakwaan menggunakan wang derma untuk kegunaan peribadi dan menjelaskan kutipan tersebut adalah untuk tujuan kebajikan.
  • Beliau mengadakan infaq kuih dan nasi lemak sebanyak 50 bungkus setiap Isnin hingga Khamis, serta mengagihkan sumbangan kepada masjid, surau dan anak-anak yatim pada hari Jumaat.
  • Semua aktiviti kebajikan tersebut dirakam dan dikongsikan secara terbuka di akaun TikTok miliknya sebagai bukti ketelusan.
Advertisement

Pelawak Syaiful Zero tampil mempertahankan diri susulan timbul dakwaan di media sosial yang menuduhnya mengutip wang derma untuk kegunaan peribadi.

Dakwaan itu timbul selepas seorang individu memuat naik tangkap layar memaparkan Syaiful sedang melakukan siaran langsung sambil mengutip sumbangan orang ramai.

“Boleh tak sesiapa tolong periksa lelaki ini katanya pelawak (Syaiful). Sekarang kerja apa?

“Hampir setiap pagi buat siaran langsung di TikTok minta derma untuk disedekahkan kepada penduduk-penduduk di sini.

“Dia akan bagi kuih dan makanan percuma kepada mereka tetapi masuk akaun sendiri. Entahlah sekarang banyak di TikTok konsep sedekah untuk melariskan jualan masing-masing,” tulis individu berkenaan.

fwfs


Tidak berdiam diri, Syaiful atau nama sebenarnya Mohd. Syaiful Doli Sharif, 37, menjelaskan bahawa semua kutipan yang dibuat adalah untuk tujuan kebajikan dan boleh dilihat menerusi kandungan yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya.

“Senang-senang tengok video di TikTok saya. Setiap Isnin hingga Khamis saya buat infaq kuih dan nasi lemak sebanyak 50 bungkus,” katanya.

Menurut anggota kumpulan Zero itu, sumbangan yang diterima bukan sahaja diagihkan kepada orang awam, malah turut disalurkan ke masjid, surau dan anak-anak yatim.

“Infaq hari Jumaat pula, nasi lemak akan diagihkan ke masjid dan surau. Selebihnya duit itu saya agihkan kepada anak-anak yatim,” ujarnya.

Advertisement

fscsf

Tambahnya lagi, semua aktiviti kebajikan tersebut dirakam dan dikongsikan secara terbuka di TikTok sebagai bukti ketelusan.

“Banyak lagi video setiap Jumaat infaq nasi lemak ada di TikTok saya,” katanya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

【1BOX 4PCS】Kissy内裤 Kissy Female Underwear panties comfortable hip-lifting high elasticity breathable sexy mid-waist

【1BOX 4PCS】Kissy内裤 Kissy Female Underwear panties comfortable hip-lifting high elasticity breathable sexy mid-waist

Kasyalia - Wyn Linen Blouse

Kasyalia - Wyn Linen Blouse

CC Waffle Round Neck Short Sleeved T-Shirt Men's Loose And Casual Versatile High Quality Breathable And Sweat Wicking

CC Waffle Round Neck Short Sleeved T-Shirt Men's Loose And Casual Versatile High Quality Breathable And Sweat Wicking

Lyden Mary Jane Classic Flats - Beige//Silver//Khaki//Coffee//Classic Black

Lyden Mary Jane Classic Flats - Beige//Silver//Khaki//Coffee//Classic Black

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement