Skip to main content

Hiburan

Didakwa Pernah Pergi ‘Kedai Air Buah Viral’, Pablo Amirul Ambil Masa Berjam Jelaskan Pada Isteri - “Saya Orang Yang Dikenali, Mustahil…”

ASTROGEMPAK Pablo Amirul

Sekilas

  • Pelakon Pablo Amirul tampil beri penjelasan kepada isteri selepas dakwaan kononnya dia pernah ke kedai minuman yang tular kerana isu wanita berpakaian tidak sopan.
  • Rakaman siaran langsung Pablo yang menjelaskan situasi itu dimuat naik semula oleh wargamaya yang kesal dengan gurauan netizen yang mencetuskan salah faham antara pasangan tersebut.
  • Pablo menafikan pernah ke lokasi berkenaan, memaafkan gurauan tersebut, dan menegaskan perkara itu tidak patut dijadikan bahan jenaka kerana boleh menjejaskan reputasi dan kerjayanya.
Advertisement

Tular video pelakon Pablo Amirul sedang memberi penjelasan kepada isterinya susulan dakwaan kononnya dia pernah mengunjungi sebuah kedai minuman yang sebelum ini viral kerana isu wanita berpakaian tidak sopan. 

 

Advertisement

Rakaman siaran langsung (live) itu dimuat naik semula oleh seorang wargamaya yang kurang senang dengan sikap segelintir netizen yang didakwa sengaja bergurau melampau sehingga mencetuskan salah faham antara pasangan suami isteri berkenaan.

 

“Bini Pablo yang cun melecun ni pun boleh sentap bab air buah D Flora tu, ni pula awek/bini yang biasa biasa ni. Come on guys benda macam ni jangan buat melawak, bahaya. 

 

“Dari santai live laki bini dah tak memasal pula jadi ke lain terus end live,” kata individu tersebut. 

 

Membalas perkongsian itu, Pablo memberitahu dia sudah memaafkan individu yang memulakan gurauan tersebut namun menegaskan perkara seperti itu tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka.

 

Katanya, sebagai figura dikenali ramai, dia amat menjaga reputasi diri dan kerjaya, malah menafikan sekeras-kerasnya pernah berada di lokasi seperti yang diperkatakan. 

 

“Pablo maafkan siapa yang mulakan benda-benda macam ni, I. Dengan Kerjaya saya, memang tak akan ke tempat-tempat macam ini. 

 

“Pengajaran untuk semua orang bergurau macam ini… tak cool. Ambil masa berjam untuk buktikan. Kalau ada gambar atau video yang pernah berada di kawasan macam itu, Pablo cabar buktikan. 

 

“Saya orang yang dikenali, mustahil orang tak bergambar acara-acara macam itu atau ke tempat macam itu,” katanya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement