Skip to main content

Hiburan

Didakwa Sombong Oleh Netizen, Ezzanie Jasny Tampil Pertahan Diri - “Kadang-Kadang Kalau Diam Mungkin…”

Ezzanie Jasny

Sekilas

  • Pelakon Ezzanie Jasny menafikan dakwaan sombong dan menegaskan dia tidak pernah menolak permintaan peminat untuk bergambar atau bertegur sapa.
  • Ezzanie menjelaskan sikap pendiamnya kadang-kadang disebabkan keletihan dan fokus, bukan kerana sombong.
  • Dia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong dan memberi teguran dengan baik, serta memohon maaf jika ada salah faham.
Advertisement

Pelakon, Ezzanie Jasny menepis dakwaan yang mengatakan dirinya bersikap sombong seperti yang diperkatakan seorang individu di Threads.

Perjelas Ezzanie, dia tidak pernah menolak permintaan peminat untuk bergambar atau bertegur sapa sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan tanah air.

Advertisement

“Saya sombong? Selama saya dalam industri ni, saya tak pernah say NO bila orang ajak bergambar atau borak dengan saya.

“Saya juga manusia biasa macam kalian. We do go through some days like a rollercoaster,” kongsinya.

Dalam masa sama, Ezzanie turut menjelaskan bahawa sikapnya yang kadang-kala pendiam bukanlah kerana sombong, tetapi mungkin disebabkan oleh faktor keletihan.

“Kadang-kadang kalau nampak saya diam atau tak banyak bercakap, mungkin saya penat atau tengah focus. Bukan sombong,” jelasnya lagi.

Sementara itu, pelakon drama Layang Layang Perkahwinan ini sempat menzahirkan penghargaan terhadap semua pihak yang sentiasa menyokong serta memberikan teguran yang baik kepadanya.

“Saya hargai semua yang datang tegur and support saya. Kalau ada tersalah faham, saya minta maaf ya,” tulisnya lagi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement