Skip to main content

Hiburan

Didakwa Sudah Ada Kekasih, Tracie Sinidol Lebih Selesa Kisah Peribadi Jadi Privasi - “Yang Tahu, Tahu La…”

ASTROGEMPAKA Tracie

Sekilas

  • Pelakon Tracie Sinidol tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan mempunyai teman lelaki dan memilih untuk menjaga privasi kehidupan peribadi.
  • Tracie tidak pernah berkongsi gambar keluarga di media sosial bagi melindungi orang tersayang yang mengutamakan privasi.
  • Hubungannya dengan aktor Hariz Hamdan hanyalah sebagai kawan rapat dan kemesraan mereka sebelum ini adalah untuk tujuan promosi sahaja.
Advertisement

Pelakon Tracie Sinidol didakwa sudah mempunyai teman lelaki namun dia lebih memilih untuk tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan tersebut .

 

Advertisement

Tracie, 25, berkata dia tidak pernah berniat menyembunyikan apa-apa daripada peminat, namun memilih untuk tidak terlalu terbuka bercerita tentang pasangan. 

 

"Saya tidak pernah berniat menyembunyikan apa-apa daripada peminat, namun memilih untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi mengenai kehidupan peribadi.

Advertisement

 

“Yang tahu, tahulah. Saya tidak sorok apa-apa pun," katanya kepada Gempak.

 

Tracie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi temu bual drama Dendam Seorang Mentua yang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

 

Menurut Tracie, dia sememangnya seorang yang sangat menjaga hal peribadi daripada menjadi tatapan umum selain tidak pernah berkongsi foto mengenai keluarganya.

 

“Saya memang suka simpan kisah peribadi. Kalau orang perasan, saya pun tidak pernah kongsi gambar keluarga di media sosial.

 

“Saya suka melindungi orang yang saya sayang sebab tidak mahu mereka terdedah dengan dunia luar. Tambahan pula mereka juga sukakan privasi.

 

"Ibu saya sendiri ada cakap dia tidak mahu muncul depan kamera. Jadi saya hormat perkara itu dan tidak akan kongsi apa-apa mengenai kisah peribadi,” ujarnya.

 

Sementara itu, Tarcie turut menjelaskan hubungannya bersama aktor Hariz Hamdan juga tidak lebih dari seorang rakan yang rapat, malah kemesraan mereka sebelum ini hanya sekadar untuk tujuan promosi semata-mata.

 

"Kami kawan rapat, semua orang kami kawan. Saya pun lebih suka orang yang lebih tua dari saya.

 

"Saya rasa video itu viral kerana kami buat konten bersama. Saya rasa idea tim itu bagus kerana buat jalan cerita yang menarik perhatian ramai," luahnya.

 

Sebelum ini, kemesraan Tracie dan Hariz menjadi perhatian ramai apabila mereka dilihat membuat siaran langsung untuk sebuah produk selain memanggil dengan panggilan sayang.

Anda mungkin berminat dengan

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

Must Watch Video

Advertisement