Skip to main content

Hiburan

Didakwa Sudah Berkahwin, Foto Lama Sabronzo & Dash Berlin Mula Jadi Tumpuan - “Betul Ke Mommy Sab Dah…”

Sab Kahwin

Nama penyanyi, Sabronzo mula menjadi perhatian netizen selepas tular sekeping gambar perkahwinan yang didakwa miliknya bersama deejay antarabangsa, Dash Berlin. 

Netizen mula berteka-teki mengenai status sebenar hubungan mereka selepas gambar perkahwinan yang difahamkan berlangsung di Bali, Indonesia itu tersebar di platform Threads. 

Malah, sebuah hantaran lama milik Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli kembali menjadi sorotan netizen. 

Dalam hantaran tersebut, ahli kumpulan Dolla itu memuat naik momen ketika menghadiri Pink Fish Festival yang turut memaparkan fotonya bersama Dash Berlin.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mula tertanya-tanya sama ada benar Sabronzo sudah bergelar isteri.

Advertisement

“Betul ke berita mommy sab dah kahwin. 

“Srs lah tarzann likeee.

“aaaa mommy dah tawennn.

“Mantap,” komen netizen.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa wajah dua individu dalam gambar majlis perkahwinan berkenaan mirip Sabronzo dan Dash Berlin.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan daripada kedua-dua pihak berhubung dakwaan tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial foto perkahwinan seorang wanita menyerupai anggota kumpulan Dolla, iaitu Sabronzo.

Menerusi perkongsian beberapa netizen di laman sosial Threads, foto wanita menyerupai Sabronzo yang mengenakan busana pengantin putih di sebuah majlis perkahwinan ala barat bersama pasangan lelakinya sedang tersenyum manis.

Must-Watch Video

Advertisement