Skip to main content

Hiburan

Didakwa Tak Beri Teguran Kepada Ahli Keluarga Sendiri, Ini Respons PU Riz - “Setiap Orang Melalui Proses HijrahNya…”

PU Riz

Sekilas

  • PU Riz menjelaskan setiap individu mempunyai perjalanan hijrah yang berbeza dan perlu usaha dengan hikmah serta kecerdikan dalam menegur.
  • Beliau menegaskan pentingnya mengelakkan menghukum perjalanan hidup orang lain dan menasihatkan supaya simpan komen kurang cerdik.
  • PU Riz menegaskan dia konsisten menegur secara terbuka dan mengajak ke jalan Tuhan dengan hikmah dan contoh yang baik, terutama dalam keluarga terdekat.

Susulan dikecam kerana didakwa tidak lantang memberi teguran terhadap ahli keluarganya melibatkan dosa, pendakwah bebas, PU Riz tampil bersuara.

 

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail, 31, menjelaskan perjalanan setiap individu yang ingin berubah adalah berbeza-beza.

 

"Setiap orang melalui proses hijrah-Nya atas tangungan dirinya telah diwajibkan perintah Allah. 

 

"Soal kita mampu atau tidak, kita sentiasa usaha, dengan cara sehabis daya. Hikmah dan kecerdikan menjadi senjata utama kita terutama dalam menegur,” katanya. 

 

Mengulas lanjut, suami kepada Neelofa itu berkata setiap orang juga seharusnya mengelakkan diri daripada menghukum perjalanan hidup seseorang.

 

"Menceritakan proses dengan meremehkan ajaran-Nya itu kita elak elakan. Walaupun mungkin niatnya baik cara tidak menghalalkannya.

 

"Jadi simpanlah kurang cerdik kepada diri sendiri kerana dikhuatiri tuhan memarahinnya,” ujarnya lagi. 

 

Dalam kesempatan itu, PU Riz sempat menjawab kritikan dan kecaman yang diterimanya berhubung dakwaan tidak menjalankan tanggungjawab menegur ahli keluarganya.

 

"Kepada yang akan komen 'elok tengok cermin dulu kot', 'pergi tegur adik adik dululah', 'saya suggest pusing area area keluarga dulu'.

 

"Ini jawapan saya, pertama tidak pernah kita setuju dengan maksiat ini seiring hadith nabi tentang sesiapa yang lihat kemungkiran mesti dicegahnya.

 

"Secara diam dan terbuka telah pun konsisten saya menyebut mengenai-Nya. Soal tangungjawab yang sedap mengecam dan komen tanpa arah di dalam kita hidup berkeluarga besar, perlu ada kebijaksanaan dan konsisten kita menegur.

 

"Ajak ke jalan tuhan dengan dua hal iaitu hikmah dan contoh yang baik,” katanyax 

 

Jelas PU Riz, sekiranya melihat sebahagian tafsir ayat Allah tentang jaga keluarga dari api neraka itu lebih tertumpu kepada ahli rumah terutamanya kepada anak-anak dan isteri.

 

"Maka dengan ini, yang ketiga pandanglah dengan ilmu bukan hanya emosi semata. Kata agama orang tidak cerdik adalah yang utamakan hawa nafsu apabila melakukan satu hal,” ujarnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement