Sekilas
- Marissa Dania Hakim menjelaskan ibunya, Abby Abadi, memang tahu tentang pembukaan pejabat baru syarikatnya sejak proses pengubahsuaian lagi.
- Marissa dan Abby pernah berkongsi pejabat sebelum ini, tetapi mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing atas beberapa faktor.
- Marissa hanya mendapatkan pandangan dan bimbingan daripada bapanya, Norman Hakim, dalam menguruskan perniagaan dan tidak bergantung kepada pihak lain.
Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania Hakim tampil menjelaskan salah faham yang timbul dalam kalangan netizen berhubung pembukaan pejabat baharu milik syarikatnya.
Menerusi perkongsian di Insta Stories, Marissa menjawab pertanyaan seorang netizen yang mempersoalkan mengapa dia hanya memaklumkan perkara itu kepada bapanya, Norman Hakim.
“Kenapa Marissa just bagitau mummy, papa berkenaan nak bukak ofis?” soal netizen tersebut.

Menjawab persoalan itu, Marissa menegaskan ibunya sememangnya mengetahui mengenai pejabat berkenaan sejak proses pengubahsuaian lagi.
“Mama tahu lah pasal office saya. Masa raya Aidiladha, renovation still on going, saya cakap dengan abah nak abah pasang cctv nnti.
“Mind you, saya pernah satu office dengan mama, tapi tak lama. Dan masa itu pun ada timbul isu sikit-sikit,” jelasnya.

Malah kata Marissa, dia dan ibunya pernah berkongsi pejabat sebelum masing-masing membawa haluan sendiri atas beberapa faktor.
Jelasnya lagi, sejak daripada itu dia tidak lagi bergantung kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya mendapatkan pandangan dan bimbingan daripada bapanya dalam menguruskan hal perniagaan.
“Mama nak pindah office dan saya pun keluar from the office. Saya pernah minta tolong mama dan mama suruh saya pergi minta tolong dekat papa.

“Lepas itu saya tak minta tolong siapa siapa dah. Just asking for opinions. As time went by, papa guided me here and there along the way.
“Even masa tengah renovation pun almost everyday papa yang pergi tengok progress, saya kadang-kadang je pergi tengok,” jelasnya.
Terdahulu, hubungan Abby dan Marissa kembali menjadi perhatian selepas beberapa perkongsian di media sosial yang dipercayai berkaitan kemelut keluarga mereka di muat naik.