Skip to main content

Selebriti

Didakwa Wajah Nampak Lain, Zara Zya Selamba Jawab - “Hidung Saya Ni Memang Jambu Air, Kena Shading Mancunglah…”

Didakwa Wajah Nampak Lain, Zara Zya Selamba Jawab - “Hidung Saya Ni Memang Jambu Air, Kena Shading Mancunglah…”

Sekilas

  • Pelakon Zara Zya menafikan dakwaan menjalani prosedur wajah dan menjelaskan perubahan penampilannya adalah hasil solekan mengikut majlis.
  • Zara menjelaskan teknik shading solekan membuatkan hidungnya kelihatan lebih mancung tanpa sebarang pembedahan.
  • Zara akan muncul dalam drama baharu iQIYI Original, Sekali Lagi, Bahagia, bersama barisan pelakon lain seperti Izzue Islam dan MK K-Clique.
Advertisement

Pelakon Zara Zya tampil menjawab dakwaan segelintir netizen yang menyangka dirinya melakukan perubahan pada bentuk wajahnya selepas melihat penampilannya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di platformm Threads, Zara berkata perubahan pada wajahnya itu bukan disebabkan sebarang prosedur, sebaliknya hasil solekan yang dikenakan mengikut kesesuaian majlis.

Advertisement

“Alaa… Pantang kalau saya ni nak melawa sikit, mesti ada cakap saya buat muka.

“Kalau ada event, selalunya make up akan lebih tebal mengikut kesesuaian. Dan saya akan hire make up artis untuk tatarias muka saya yang biasa biasa ni,” jelasnya.

Tambah Zara lagi, teknik shading yang digunakan ketika bersolek juga boleh membuatkan bentuk hidung kelihatan lebih mancung dan terletak berbanding penampilan biasanya.

“Bila dah ditatarias, berubah lah sikit wajah tu. Dah tuduh buat hidung pulak.

“Hidung saya ni memang jambu air dari dulu sama je. Kena shading jadi mancung terletak lah dia. Hahahaha,” tulisnya.

Dalam perkembangan lain, Zara akan muncul dalam drama baharu iQIYI Original iaitu Sekali Lagi, Bahagia.

Selain Zara, Sekali Lagi Bahagia turut dibarisi Izzue Islam, Afieq Shazwan, MK K-Clique, Datin Seri Noniswara serta Dayang Areeda.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement