Skip to main content

Hiburan

Didi Astillah Buat ‘Prank’ Hari Lahir Ibu, Netizen Puji Cara Eina Didik Anak

Astrogempak Didi (1)

Sekilas

  • Didi Astillah dilihat bergaduh di sebuah restoran, namun ia hanyalah usikan sempena ulang tahun kelahiran ibunya, Eina Astillah.
  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, turut terkejut dengan kejutan tersebut yang mencetuskan kekecohan kecil.
  • Netizen terhibur dengan prank itu dan memuji cara Eina menegur anaknya walaupun orang lain yang mula buat silap.

Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah menyorot perhatian ramai apabila dilihat bergaduh di sebuah restoran terkenal. 

Menerusi hantaran di media sosial, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah binti Awang Astillah difahamkan meluahkan rasa tidak kepuasan hatinya terhadap seorang pelayan di restoran tersebut. 

Pergaduhan tersebut ternyata menimbulkan sedikit kekecohan sehingga ditenangkan oleh ahli keluarga termasuk ibunya, Eina Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. 

Bagaimanapun, semua itu hanyalah ‘usikan’ semata-mata sempena menyambut ulang tahun kelahiran ibunya. 

Lebih menarik, bukan sahaja Eina yang menerima kejutan itu malah Syed Saddiq juga dilihat sangat terkejut dengan situasi berkenaan. 

Menjengah ke ruangan komen,rata-rata netizen terhibur dengan usikan tersebut malah mereka juga memuji tindakan Eina yang dilihat menegur sikap anaknya dahulu meskipun difahamkan orang lain yang membuat silap. 

“Mama mmg the real mak2.. dia xkn marah org lain.. dia marah utk didik anak dia sdri.. 1st time tgk mama marah.. bbtul garang yaa.. 

“Laju je didi cut lakonan..dia tau dah tu,lambat sikit je lagi mau kena belasah ngan mama kat situ 

“Mama🥹 orang pertama dia akan ajar adalah anak dia. Orang lain dia letak tepi. 

“Pandainya dia didik anak dia. Dia terus bangun marah anak dia & xblame org lain lgsg

“HAHAHAAHAHA byk kali repeat tengok muka yb pasrah ja terkena jgk prank

“Garang betul mama 🤭 Tp betul la tu dia marah anak sndri dl walaupn waiter tu maki2 jerit lg kuat.. Yg YB tu takda sape ke nk peluk.. Sbb nampak dia pn terkejut sama 🤣🤣🤣

Sumber: Threads Budak Tadika

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement