Skip to main content

Selebriti

Didi Astillah Sebak, Kenang Detik Pertemuan Dengan Tun Dr Hasmah - “Terima Kasih Kak Long Untuk Momen Tidak Ternilai…”

Didi Astillah Sebak, Kenang Detik Pertemuan Dengan Tun Dr Hasmah - “Terima Kasih Kak Long Untuk Momen Tidak Ternilai…”

Sekilas

  • Penyanyi dan pelakon Didi Astillah berkongsi rasa sebak dan mengenang momen berharga bertemu Allahyarhamah Tun Dr Hasmah bersama kakaknya, Bella Astillah.
  • Didi menyifatkan pemergian Tun Dr Hasmah sebagai kehilangan besar buat rakyat Malaysia yang menghargai jasa dan sumbangannya sepanjang hayat.
  • Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di IJN dan jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid As Syarif sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Didi Astillah meluahkan rasa sebak ketika menerima perkhabaran mengenai pemergian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah pagi tadi. 

Menerusi perkongsian di media sosial, Didi mengenang kembali detik ketika berpeluang bertemu dengan Tun Dr Hasmah sebelum ini bersama kakaknya, Bella Astillah.

Advertisement

Menurut Didi, pertemuan tersebut merupakan satu momen yang sangat bernilai dan akan sentiasa dikenang.

“Inalillahiwainalillahirojiun… Pernah berpeluang berjumpa dengan Tun sebelum ni. Masa tu Kak Bella yang bawa saya.

“Terima kasih Kaklong untuk moment yang sangat ternilai ni,” konsinya.

Advertisement

Dalam pada itu, Didi juga menyifatkan pemergian Tun Dr Hasmah turut dirasakan sebagai satu kehilangan besar buat rakyat Malaysia yang mengenali serta menghargai jasa dan sumbangannya sepanjang hayat.

“Harini, satu Malaysia merasai kehilangan seorang wanita yang hebat dan sangat disayangi rakyat.

“Semoga tenang di sisi-Nya. Tun Hasmah Mohamad Ali,” coretnya.

 

 Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi ini.

 

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan,, Allahyarham Tun Dr  Hasmah akan disembahyangkan selepas Asar di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya. 

Anda mungkin berminat dengan

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

BATIK PLEASE SKIRT WIRU PLEASE SKIRT/ WIRU SKIRT/ PLEASE KEBAYA SKIRT/ WEDDING SKIRT/ KEBAYA SKIRT

BATIK PLEASE SKIRT WIRU PLEASE SKIRT/ WIRU SKIRT/ PLEASE KEBAYA SKIRT/ WEDDING SKIRT/ KEBAYA SKIRT

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

Must Watch Video

Advertisement