Sekilas
- Didie Alias menafikan dakwaan bergaduh dengan Amyza Aznan dan menjelaskan mereka sudah lama tidak berjumpa kerana sibuk dengan kerja masing-masing.
- Didie kini lebih fokus kepada keluarganya dan memilih untuk mengecilkan 'circle' persahabatan demi mengelakkan kekecewaan.
- Dia merasakan usaha dan kebaikannya sebelum ini tidak dihargai, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tidak ambil peduli tentang orang lain kecuali jika hatinya terbuka semula.
Pelakon dan pengacara, Didie Alias menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bergaduh dengan rakan artis, Amyza Aznan.
Menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali walau bagaimanapun mengakui sudah lama tidak berjumpa Amyza kerana sibuk dengan urusan kerja.
Tambah Didie, buat masa ini dia juga hanya memberikan tumpuan terhadap keluarganya sahaja.
“Saya sudah lama tidak berjumpa dengan dia sebab kami sibuk. Untuk perkembangan suami dia, rasanya saya hanya melihat melalui media sosial sahaja.
“Berbulan sudah (kali terakhir hubungi dia). Bergaduh? Nak bergaduh kenapa? Kami tidak bergaduh, masing-masing ada kerjaya sendiri dan perkara yang perlu dilakukan.
“Cuma sekarang ini saya banyak fokus kepada keluarga saya dan saya tidak mahu campur urusan keluarga orang lain,” katanya.
Menjawab persoalan adakah dirinya ada terguris hati, pelakon filem Kanta Serigala ini enggan mengulas lanjut namun memaklumkan dirinya ketika ini lebih memilih untuk mengecil serta mengehadkan pergaulannya.
“Tidak tahulah, saya rasa selepas ini saya kena kecilkan ‘circle’ saya. Kalau nak kawan dengan saya kawanlah, siapa yang tidak mahu kawan dengan saya lantak awaklah.
“Saya rasa macam diri ni bila diperlukan, dicari, kalau tidak lantaklah. Awak punya pasal lah. Sekarang pun circle saya sudah kecil.
“Saya hanya jumpa kawan-kawan di set penggambaran saja. Tidak seperti dulu, lepak, tidak mahu (persahabatan) itu terlalu mendalam. Sebab nanti saya yang kecewa, rasa macam terhegeh-hegeh pula,” katanya lagi.
Perjelasnya, keputusan itu dibuat adalah kerana dia merasakan segala apa yang dilakukannya sebelum ini seolah tidak dihargai.
“Mungkin ayat angkat kaki itu betul. Maksudnya bila saya berbuat demikian saya sudah tidak mahu mengambil tahu apa yang jadi dengan orang tu.
“Kecuali jika Allah SWT buka semula hati saya. Saya kalau sayang orang, saya akan sayang sepenuhnya tapi bila hati sudah tertutup, saya tidak mahu ambil tahu.
“Masalahnya kita terlalu baik dengan orang, tapi orang tak hargai apa yang kita buat. Saya buat bukan untuk dapat balasan tetapi simpati sebagai keluarga dan kawan,” tambahnya.
Sumber: TikTok