Ringkasan AI
- Pelakon Amelia Christie menafikan dakwaan bahawa dia mengamalkan perbuatan karut termasuk berjumpa bomoh.
- Amelia menjelaskan gaya hidupnya menunjukkan dia tidak terlibat dengan perkara tahyul.
- Dia menegaskan agama tidak mengajar amalan pelik seperti itu dan menolak fitnah tersebut.
- Amelia menggunakan platform Threads untuk menegur pihak yang mereka-reka cerita tanpa mendedahkan identiti mereka.
- Dia juga bertanya kepada pengikut sama ada mereka pernah difitnah dengan perkara pelik seperti dakwaan terhadapnya.
Pelakon Amelia Christie tampil bersuara selepas difahamkan ada individu yang menuduhnya mengamalkan perbuatan karut, termasuk pergi berjumpa bomoh.
Menurut Amelia, gaya hidupnya sendiri sudah cukup membuktikan dia tidak terlibat dengan perkara tahyul.
“Guys… ada pula yang kata kita pergi main bomoh. Kita ni nak pergi klinik pun bertangguh, inikan pula nak pergi bomoh," tulisnya di platform Threads.

Malah, Amelia turut menegaskan bahawa agama tidak mengajar amalan sedemikian.
“Agama kita ajar elok-elok, bukan benda pelik-pelik. So let’s not create cerita Marvel Universe ya MakCik..” tulisnya.
Amelia turut bertanya kepada pengikut sama ada mereka pernah difitnah dengan perkara pelik seperti itu.
Walaupun tidak mendedahkan individu yang membuat tuduhan tersebut, Amelia dilihat mengambil pendekatan bersahaja sambil menegur pihak terbabit agar tidak mereka-reka cerita.
Sumber: Threads