Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Digelar Pelakon Wanita Paling Cantik, Ini Respons Siti Khadijah - “Sebenarnya Saya Risau Juga Sebab…”

Siti Khadijah

Sekilas

  • Siti Khadijah mencuri perhatian netizen dengan penampilannya di sebuah pertunjukan fesyen baru-baru ini.
  • Pelakon itu menganggap kecantikan adalah subjektif dan banyak dipengaruhi oleh solekan, dandanan rambut, dan busana.
  • Dia berharap penonton lebih menghargai bakat lakonannya daripada hanya memuji rupa paras semata-mata.
Advertisement

Penampilan pelakon Siti Khadijah ketika menghadiri sebuah pertunjukan fesyen baru-baru ini mencuri perhatian ramai sehingga menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.

 

Advertisement

Dipuji sebagai pelakon wanita paling cantik di Malaysia, Siti Khadijah bagaimanapun menganggap kecantikan adalah sesuatu yang bersifat subjektif dan tidak seharusnya menjadi ukuran utama.

 

Menurutnya, penampilan yang dilihat cantik pada sesuatu acara banyak dipengaruhi oleh sentuhan profesional seperti solekan, dandanan rambut serta pemilihan busana. 

Advertisement

 

“Bagi saya cantik ini subjektif. Ada hari nampak saya dalam keadaan elok kerana waktu itu ada make up, buat rambut dan baju pun dalam keadaan sempurna. 

 

“Jadi, ketika itu nampak okay. Tapi untuk saya sendiri, saya rasa biasa saja,” kata Siti Khadijah kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Dalam Sekam itu turut mengakui dia mempunyai kerisauan apabila orang ramai lebih memberi perhatian terhadap rupa paras berbanding bakat lakonannya.

 

Sebagai seorang pelakon, Siti Khadijah berharap penonton dapat menghargai kemampuan lakonannya dan bukan sekadar memuji penampilan fizikal semata-mata.

 

“Sebenarnya saya ada juga kerisauan. Sebab masing-masing ada pendapat. Tapi sebagai pelakon, saya bimbang jika orang tak nampak bakat lakonan yang saya nak tonjolkan. 

 

“Memang bila kita tengok cerita, kita nak tengok pelakon itu hensem dan cantik barulah sedap mata memandang tapi dalam masa yang sama, kita pun nak orang nampak bakat bukan sekadar rupa saja,” ujarnya. 

 

Anda mungkin berminat dengan

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

[5 Pcs / Pek] Seluar Dalam Seluar Dalam Pertengahan Pinggang Cetakan Awan Comel Wanita, Seluar dalam kapas wanita, Seles

[5 Pcs / Pek] Seluar Dalam Seluar Dalam Pertengahan Pinggang Cetakan Awan Comel Wanita, Seluar dalam kapas wanita, Seles

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Must Watch Video

Advertisement