Ringkasan AI
- Ariel NOAH mengaku kurang yakin untuk memulakan komunikasi dengan wanita yang disukai walaupun digilai ramai wanita.
- Vokalis berusia 44 tahun ini mahukan pasangan yang sederhana dan sesuai dengannya, terutama yang boleh berjenaka dengan baik.
- Ariel tidak mementingkan rupa paras, sebaliknya lebih fokus pada hubungan dan komunikasi jangka panjang.
- Dia mengakui tidak menolak kehadiran wanita dalam hidupnya dan mahu teman yang selesa dan serasi.
- Walaupun banyak gosip, Ariel masih memilih sendiri dan belum mengesahkan hubungan dengan pelakon Wulan Guritno.
Vokalis Ariel NOAH memang digilai banyak wanita sejak pertama kali dia memasuki industri muzik bersama band Peterpan.
Merupakan seorang duda anak satu, putus cinta dengan Luna Maya dan digosip dengan banyak wanita cantik, Ariel mengaku dia tidak punya keyakinan untuk memulakan komunikasi dengan perempuan yang disukai.
“Saya seorang yang tidak percaya diri. Nak DM pun fikir 100 kali,” katanya seperti dilaporkan Kompas.
Ariel yang kini berusia 44 tahun mengatakan jika punya pasangan, dia hanya mahu seorang wanita yang sederhana dan sesuai dengan dirinya.
“Sejujurnya saya kalau boleh tak mahu tercari-cari. Kalau sudah suka, ya langsung (bercinta) saja.
“Dan paling sederhana saya tertarik dengan wanita yang apabila berjenaka, ia ‘sambung’ saja,” katanya lagi dipetik dari YouTube Butik Haji Igun.
Meski takut mendekati wanita, Ariel mengaku pada usia sekarang dia tidak menolak kehadiran wanita dalam hidupnya.
“Enak kalau punya teman. Mesti sama-sama yang nyaman,” tuturnya lagi.
Pelantun Separuh Aku ini malah mengaku dirinya tidak mementingkan rupa paras tetapi bagaimana sebagai pasangan mereka boleh saling berkomunikasi untuk tempoh yang lama.
“Wajah nanti tidak akan sama seperti waktu muda. Yang tertinggal itu hanya hubungan,” katanya.
Diketahui, Ariel NOAH saat ini masih memilih sendiri, meskipun banyak gosil yang menyebut dirinya tengah dekat dengan pelakon Wulan Guritno.