Skip to main content

Hiburan

Diiktitaf Honorary Golden Bear, Michelle Yeoh Menangis Kenang Mendiang Bapa

TSMY

Tan Sri Michelle Yeoh, 63, terus mencetak sejarah dan menoreh kecemerlangan apabila diiktiraf sebagai penerima Honorary Golden Bear untuk pencapaian sepanjang hayat di pentas Berlin International Film Festival atau Berlinale 2026.

Menerima trofi dan penghargaan tersebut dengan penuh bangga, Michelle mendedahkan tidak pernah bermimpi seorang gadis dari Malaysia yang sangat meminati dunia tarian, penuh disiplin dan bermimpi tanpa batas mampu mengembara sejauh ini.

“Perjalanan saya melangkaui bahasa, budaya, benua dan generasi. Meski kadang ada halangan namun saya mempunyai keyakinan  terhadap dunia perfileman.

“Dunia bukan hanya memberikan saya kerjaya tetapi kehidupan yang cukup luar biasa tanpa pernah saya bayangkan,” ujar Michelle sewaktu memberi ucapan selepas menerima anugerah yang disampaikan Sean Baker seperti dilaporkan Variety.

Pada majlis sama, bintang Wicked, Crouching Tiger Hidden Dragon dan Everything Everywhere All At Once itu juga mengalirkan air mata saat mengenang pengorbanan dan kasih sayang mendiang bapanya yang sentiasa yakin terhadap kemampuan beliau.

Sambil mendedikasi anugerah tersebut kepada mendiang, Michelle berkata: “Walaupun bapa tiada bersama saya hari ini, saya sentiasa membawa semangat, disiplin dan kepercayaan beliau bahawa saya boleh mencapai kejayaan terhadap apa yang saya lakukan.

“Dan saya percaya jika bapa melihat saya menerima Golden Bear pada malam ini, dia pasti tersenyum.”

Karier Michelle memang sedang berada di puncak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum ini beliau mencipta sejarah menang di Academy Awards dan terkini terbit dengan filem berjudul Sandiwara yang menyaksikan beliau membawa lima watak sekaligus.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement