Skip to main content

Hiburan

Dikaitkan Dengan Kes Buli Zaman Sekolah, Sera Melissa Buat Laporan Polis - “Saya Sedia Beri Kerjasama…”

Astro Gempak 242

Sekilas

  • Pelakon Sera Melissa membuat laporan polis berhubung dakwaan buli yang tular di media sosial yang mengaitkan dirinya ketika zaman sekolah.
  • Sera menegaskan dia serius dengan dakwaan tersebut dan bersedia memberi kerjasama penuh untuk siasatan melalui saluran yang betul.
  • Beliau berharap orang ramai tidak membuat spekulasi atau kesimpulan tanpa fakta sehingga siasatan selesai.
Advertisement

Pelakon, Sera Melissa tampil membuat laporan polis susulan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkannya dengan kes buli terhadap seorang individu ketika masih di zaman sekolah. 

Menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam Instagram, Sera memaklumkan dia memandang serius dakwaan tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Malah, menerusi hantaran sama, Sera turut berkongsi sekeping gambar dirinya berada di hadapan sebuah balai polis sambil memegang salinan laporan yang dibuat.

 

 “Merujuk kepada perkara yang tular di media sosial pada 2 Julai 2026 melalui satu hantaran di aplikasi Threads yang mendakwa saya merupakan seorang pembuli ketika berusia 10 tahun.

“Hantaran tersebut turut menyebut nama watak serta tarikh lahir saya, sekali gus menyebabkan orang ramai mengaitkan dakwaan itu dengan diri saya.

“Susulan hantaran berkenaan, saya telah menerima pelbagai tohmahan dan kecaman,” katanya.

Menurut Sera, sekiranya individu terbabit benar-benar merujuk kepadanya, dia bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi mendapatkan penjelasan melalui saluran yang sewajarnya.

“Saya memandang serius perkara ini. Sekiranya individu berkenaan benar-benar merujuk kepada saya, saya bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta mendapatkan penjelasan melalui saluran yang sewajarnya.

“Sehubungan itu, saya membuat laporan polis dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut lunas undang-undang,” ujarnya.

Tambahnya, dia menghormati proses undang-undang dan percaya kebenaran akan ditentukan menerusi saluran yang betul.

“Saya menghormati proses undang-undang dan percaya bahawa kebenaran akan ditentukan melalui saluran yang sewajarnya.

“Sementara itu, saya berharap semua pihak dapat mengelakkan sebarang spekulasi atau membuat kesimpulan tanpa fakta yang sahih sehingga siasatan selesai,” katanya.

Sebelum ini, tular di Threads satu hantaran seorang individu yang mendakwa menjadi mangsa buli dilakukan oleh seorang pelakon wanita ketika zaman kanak-kanak.

Individu terbabit memaklumkan tidak berniat menularkan perkara tersebut, namun mengakui masih belum mampu memaafkan individu yang didakwa pernah membulinya.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement