Skip to main content

Hiburan

Dikatakan Wajah Kerap Muncul Dalam Drama TV, Zarynn Min Bimbang Perkataan ‘Bersepah’ Beri Impak Pada Kerjaya - “Risau Akan Jadi Macam…”

Zaryyn Min

Pelakon, Zarynn Min meluahkan rasa terharu apabila menerima pujian daripada penonton yang menonton lakonannya di kaca TV.

Katanya, dia tidak pernah rasa mahu mendabik dada dengan pujian yang diterima sebaliknya bersyukur kerana masih dihargai dalam industri ini.

“Terharu sebenarnya, walaupun akak ni dah warga emas, warga purba kan kira orang kata daripada kecil kau orang tengok kan. Tapi bila dapat komen macam tu akak terharu.Especially kalau youngsters macam korang appreciate saya, saya rasa terharulah. Saya bukan mendabik dada.

"Kita terharulah. Sebab iyalah, korang pun faham kan nak sustain dalam era sekarang ni susah. banyak muka baru,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, di sebalik penghargaan tersebut, Zarynn mengakui ada rasa bimbang apabila sesetengah pihak menggunakan istilah ‘bersepah’ terhadap kemunculannya di kaca televisyen.

Menurutnya, jika istilah tersebut disalah tafsir, ia boleh memberi kesan terhadap peluang kerjayanya pada masa akan datang.

“Kalau saya berpegang pada yang dia cakap bersepah tu, saya risaulah. Risau sebab dia akan jadi macam akak ni overused orang kata. Dan benda itu memberi impak untuk pihak-pihak TV stesen.

"Maknanya kalau kata next project ada orang nak propose nama saya, dia orang tak nak. Because dengan alasan overused. Itulah impak yang saya macam risau sangat tapi tak apalah akak doa banyak-banyak, harap benda tu tak menjadilah kan hopefully. Harap pihak TV stesen fahamlah.

“Dan kenapa pula muka saya bersepah? Okey. Sebab ada juga yang defend saya dekat situ, saya ada baca. Yang katanya dari segi disiplin, bagi karakter semua okey. Tapi memang macam tu pun,sebab saya daripada dulu, korang pun tahu saya tak ada kontroversi, sebab saya tak pandai buat kontroversi. Saya memang tahu kerja je,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Zarynn menjelaskan bahawa istilah ‘bersepah’ itu hanyalah bahasa slang dan tidak memberi kesan secara peribadi terhadap emosinya.

“Personally tidaklah. Tak, taklah. Sebab itu sebenarnya ayat-ayat slang kan. Ayat slang bersepah. Sebenarnya tidaklah. Cuma macam saya cakap impak dia takutlah TV stesen akan cakap saya overused.

"Sedangkan projek-projek tersebut kadang-kadang dah berapa tahun lepas, ulang balik. Itu jelah. So saya harap macam benda tu tak effect pada yang memilih pelakon-pelakonlah,” tambahnya.

Terdahulu, ada individu mempersoalkan kehadiran Zarryn Min di kaca TV dengan menggunakan ayat bersepah atau sentiasa ada dimana-mana drama.

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang membaca hantaran tersebut mempertahankan Zarryn dengan menyatakan dia sebagai pelakon yang baik dan mempunyai lakonan yang hebat.

Anda mungkin berminat dengan

Sampul Raya 5pcs

Sampul Raya 5pcs

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement