Sekilas
- Wany Hasrita dikecam netizen selepas berkongsi foto pizza daripada usahawan sensasi Jofliam yang sedang kontroversi.
- Netizen berharap Wany lebih peka dengan situasi dan sensitiviti yang berlaku sebelum ini, bukan kerana taksub dengan isu tersebut.
- Wany menerima nasihat itu dengan baik dan berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Gara-gara berkongsi foto pizza daripada usahawan sensasi Jofliam, Wany Hasrita diserang netizen di laman sosial yang ada antara mereka mahu memboikot penyanyi itu.
Bagaimanapun, ada individu menjelaskan netizen bukan marah disebabkan taksub dengan isu Jofliam dan bekas isteri, Cik Epal sebaliknya mereka berharap Wany akan lebih peka mengenai situasi yang berlaku.
“Orang tak marah Wany sebab diorang taksub… tapi mungkin sebab satu Malaysia tengah geram dengan perangai orang tu. Menzalimi kaum ibu. Gunakan anak-anak. Not a right time.
“Sebab yang marah ni mostly tengah kecewa... orang narc diberi highlight oleh artis yang juga seorang wanita dan ibu. Tak apa semua orang buat kesilapan mungkin lepas ini Wany kena lagi peka dan lebih berempati,” tulis individu itu.
Menerima baik nasihat tersebut, penyanyi lagu Menahan Rindu ini berkata dia akan lebih peka dengan situasi yang berlaku selepas ini.
“Baik, terima kasih atas nasihat, lepas ni saya akan lebih peka,” katanya.
Terdahulu, nama Wany Hasrita mula menjadi bualan selepas memuat naik gambar pizza wagyu dipercayai diusahakan usahawan sensasi, Jofliam.
Hantaran itu mula mendapat perhatian sekali gus membuatkan segelintir netizen mengugut mahu memboikot karier seninya.
Sumber - Threads