Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Dikecam Tayang Foto Berpakaian Seksi Pada Usia 40 Tahun, Megan Fox Bidas Netizen!

Dikecam Tayang Foto Berpakaian Seksi Pada Usia 40 Tahun, Megan Fox Bidas Netizen!

Sekilas

  • Megan Fox dikecam netizen kerana memuat naik foto berpakaian seksi pada usia 40 tahun, dianggap tidak sesuai untuk seorang ibu.
  • Megan membalas komen negatif itu dengan sindiran, yang mendapat sokongan ramai peminat di Instagram.
  • Megan adalah ibu kepada empat anak dan kembali aktif di Instagram sejak April 2024 selepas memadam semua gambar lama.
Advertisement

Pelakon Hollywood, Megan Fox tidak berdiam diri apabila dikecam seorang netizen yang menyifatkan tindakannya memuat naik foto berpakaian seksi pada usia 40 tahun sebagai sesuatu yang memalukan.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Megan berkongsi beberapa keping foto memperlihatkan dirinya mengenakan pakaian dalam rona hitam bersama kain jarang sebagai konsep penggambaran.

Advertisement

Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang komen-komen negatif apabila seorang pengguna media sosial menyifatkan imej tersebut tidak sesuai dipaparkan oleh seorang ibu yang sudah berusia 40 tahun.

“Ini sangat memalukan untuk seorang ibu berusia 40 tahun memuat naik gambar seperti ini. Macam budak umur 16 tahun,” tulis netizen berkenaan.

Tidak berdiam diri, bintang filem Transformers itu membalas komen tersebut.

“Yang ini bekas kekasih saya yang mana satu ya?” balasnya berserta emoji wajah berfikir.

Jawapan ringkas Megan itu menerima ribuan tanda suka selain disokong peminat yang menyifatkan pelakon terbabit berhak menentukan penampilannya sendiri tanpa perlu dipengaruhi pandangan negatif orang lain.

“Macam dia dah umur 80 tahun pula.

“Dia nampak hebat dan yakin dengan diri sendiri,” antara komen netizen.

Untuk rekod, Megan merupakan ibu kepada empat cahaya mata iaitu Noah Shannon Green, 13, Bodhi Ransom Green, 12, Journey River Green, 9, hasil perkahwinan terdahulu dengan Brian Austin Green serta seorang lagi anak perempuan, Saga Blade Fox-Baker, 1, bersama bekas tunangnya, Machine Gun Kelly.

Terdahulu, Megan kembali aktif dalam Instagram pada April lalu selepas memadam semua gambar serta senarai individu yang diikutinya sejak 2024.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Must Watch Video

Advertisement