Skip to main content

Indonesia

Dilabel Green Flag Kerana Watak Sena, Arya Saloka: “Saya Menganggap Masih Red Flag, Tapi…”

Dilabel Green Flag Kerana Watak Sena, Arya Saloka: “Saya Menganggap Masih Red Flag, Tapi…”

Sekilas

  • Arya Saloka kini popular dengan watak Iptu Sena dalam sinetron Terikat Janji yang sedang trending di Netflix.
  • Watak Sena yang santun dan gentleman membuatkan ramai peminat menganggap Arya sebagai lelaki 'green flag'.
  • Arya mengakui dirinya masih ada sikap 'red flag' dan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh lelaki 'green flag' terbaik.
Advertisement

Selain membuat peminat kagum dengan penampilannya sebagai Ustaz Adam dalam filem Munafik: Melawan Iblis, Arya Saloka turut menjadi idaman banyak wanita kerana karakter Sena Airlangga Abraham yang merupakan seorang Inspektor Polis atau Iptu Sena.

Iptu Sena merupakan watak utama dalam sinetron Indonesia berjudul Terikat Janji yang masih hangat ditayankan di Netflix.

Advertisement

Watak Sena ‘disandingkan’ dengan Asha Assuncoo yang menjadi pelakon utama wanita bernama Davina Rosalinda Kusuma.

Kisah percintaan di antara mereka yang diangkat dalam sinetron ini menyaksikan sisi santun, sabar dan gentleman Sena sehingga ramai peminat menyifatkan Arya sebagai seorang lelaki bersikap baik atau digelar green flag.

Menyambut baik pandagan tentang dirinya seorang green flag, lelaki yang kini merupakan duda satu anak itu bagaimanapun memberi tahu tetap memiliki sikap buruk atau red flag.

Advertisement

“Alhamdulillah, kalau misal ada yang menganggap saya green flag. Tapi saya masih belajar, saya menganggap diri saya masih red flag,” ujarnya.

Arya kemudian mengatakan, sosok paling green flag dalam dunia adalah Nabi Muhammad S.A.W.

“Buat saya, green flag adalah Nabi Muhammad S.A.W. Baginda lelaki green flag untuk saya keran menjadi contoh bagi semua umat Islam,” kata Arya penuh bersemangat.

Malah katanya, sebagai seorang yang banyak kekurangan, untuk menjadi sehebat dan sempurna sifat seperti Nabi Muhammad S.A.W sukar dikejar tetapi tidak mustahil semua contoh baik yang dimiliki baginda boleh dijadikan panduan hidup.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement