Skip to main content

Berita Tempatan

Dimasukkan Dalam Peti Mayat, Marc Syahmie Tak Putus Berselawat - "Suatu Hari Nanti Bila Saya Dah Tiada, Beginilah ..."

Astro Gempak syahmie Mayat

Sekilas

  • Pelakon Marc Syahmie berkongsi pengalaman mencabar apabila perlu menjalani penggambaran dalam peti mayat sebenar untuk drama Bila Cinta Menjadi Dosa.
  • Marc perlu masuk ke dalam beg plastik mayat dan diletakkan dalam peti mayat beberapa kali, mengatasi ketakutan tempat sempit dan gelap sejak kecil.
  • Pengalaman itu memberi kesan mendalam kepadanya, membuatkan dia lebih menghargai kehidupan dan bersyukur dapat menyiapkan babak tersebut dengan baik.

Pelakon Marc Syahmie berkongsi pengalaman paling mencabar sepanjang bergelar pelakon apabila perlu menjalani penggambaran di dalam peti mayat sebenar untuk drama Bila Cinta Menjadi Dosa.

Menurut Marc atau nama sebenarnya Marc Syahmie, dia pada awalnya terkejut apabila dimaklumkan produksi menggunakan peti mayat sebenar milik hospital dan bukannya prop khas untuk penggambaran.

“Bila mula-mula dapat tahu ada babak dalam peti mayat, saya memang berdebar. Tambah saya diberitahu, sehari sebelum penggambaran peti mayat itu memang ada digunakan untuk mayat sebenar.

“Saya bukan takut sebab ia peti mayat, tetapi kelemahan saya dari kecil memang takut tempat sempit dan gelap. Keadaan itu akan menyebabkan saya sesak nafas secara tiba-tiba,” katanya.

Tambah pelakon berusia 26 tahun itu, situasi menjadi lebih mencabar apabila dia perlu dimasukkan ke dalam beg plastik mayat sebelum diletakkan di dalam peti tersebut.

“Keadaan memang sangat mengerunkan untuk saya. Saya dimasukkan dalam beg plastik mayat warna putih, kena zip, kemudian diletakkan dalam peti mayat dan pintu ditutup.

“Bayangkan beberapa minit saya duduk seorang diri dalam keadaan sejuk, sempit dan gelap. Masa itu saya betul-betul rasa seperti mayat,” ujarnya.

Walaupun berdepan ketakutan, Marc berkata dia cuba mengawal emosi dan pernafasan demi memberikan komitmen terbaik terhadap wataknya sebagai Amar.

“Saya kena kawal pernafasan dan tenangkan diri. Ingatkan babak itu mudah, tapi sebenarnya perlukan keberanian dan kekuatan mental juga.

“Alhamdulillah saya berjaya lakukan. Ini pengalaman baru untuk saya sebagai pelakon dan bukan semua orang dapat rasa pengalaman seperti ini,” katanya lagi.

Menurutnya, pengalaman tersebut turut memberi kesan mendalam terhadap dirinya sehingga membuatkan dia lebih menghargai kehidupan.

“Sejujurnya banyak saya belajar dan insaf. Masa berlakon jadi mayat itu, terdetik juga dalam hati, kalau suatu hari nanti saya sudah tiada, mungkin beginilah keadaannya.

“Dalam peti itu saya banyak berselawat dan berzikir. Situasi memang sangat real. Bila saya dikeluarkan dan dengar pelakon lain menangis, walaupun mata terpejam saya boleh rasa suasana itu macam betul-betul berlaku meski sekadar lakonan,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan terkena ‘badi’, Marc bagaimanapun berkata sepanjang penggambaran berlangsung semuanya berada dalam keadaan baik.

“Setakat ini tiada apa-apa berlaku. Cuma pihak produksi ada nasihatkan saya mandi dan bersihkan diri untuk elak benda tidak baik ikut, tapi semua okay,” jelasnya.

Apa yang lebih mencabar, Marc memberitahu dia perlu keluar masuk peti mayat tersebut beberapa kali bagi memenuhi keperluan penggambaran.

“Bukan sekali ya, banyak kali juga saya keluar masuk dalam itu. Tapi saya bersyukur sebab akhirnya dapat atasi ketakutan yang saya ada sejak kecil,” katanya.

Drama Bila Cinta Menjadi Dosa yang bersiaran menerusi slot Lestary TV3 itu turut menampilkan Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Jasmin Hamid, Siti Elizad dan Maria Farida.

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

SUPERSAVE Pelita Buluh Solar Light LED Lights Pelita Bamboo Pelita Solar Raya Lampu Kelip Kelip Lampu Raya

SUPERSAVE Pelita Buluh Solar Light LED Lights Pelita Bamboo Pelita Solar Raya Lampu Kelip Kelip Lampu Raya

Advertisement