Skip to main content

Hiburan

Diminta Bersihkan Nama Baik Keturunan Syed, PU Syed Anggap Tiada Keperluan - “Tak Perlu Berbangga & Yang Perlu Dibersihkan Adalah…”

PU Syed

Sekilas

  • PU Syed menegaskan bahawa gelaran Syed tidak perlu dibersihkan kerana ia adalah anugerah Allah, sebaliknya individu yang membawa nama itu perlu menjaga akhlak masing-masing.
  • Beliau mengingatkan agar isu pendakwah selebriti yang disabitkan kesalahan jenayah seksual dijadikan iktibar dan berhenti menyebarkan aib kerana individu tersebut sudah dikenakan hukuman.
  • Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap pendakwah Da’i Syed atas kesalahan merogol lima tahun lalu.

Pendakwah bebas, PU Syed mencuri perhatian apabila berkongsi tangkap layar hantaran mesej seorang individu yang memintanya untuk membersihkan semula gelaran Syed yang dikatakan sudah tercemar.

Difahamkan, permintaan individu itu dibuat susulan isu melibatkan seorang pendakwah selebriti yang disabitkan kesalahan atas dakwaan melakukan jenayah seksual.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Isha ini beranggapan bahawa tiada keperluan untuknya berbuat demikian sebaliknya, setiap individu itu sendiri yang perlu menjaga akhlak dan tingkah laku mereka.

“Kata hamba Allah tu saya kena bersihkan nama Syed.

“Keturunan ini tak perlu dibersihkan kerana ianya adalah anugerah Allah. Tiada kebanggaan dan tiada rasa megah dengan pangkal Syed berada di depan nama.

“Yang perlu dibersihkan adalah orang-orang yang membawa nama Syed itu. Sudah pasti di sana akan ada manusia yang tergelincir dari landasan yang benar maka tugas kita semua, untuk menyelamatkan saudara kita tak kira apa keturunanannya, kongsi PU Syed.

Menerusi hantaran yang sama, PU Syed menegaskan bahawa isu membabitkan pendakwah yang dikenakan hukuman itu juga perlukan dijadikan iktibar.

Sehubungan dengan itu, juara program Pencetus Ummah musim ketiga ini menitipkan pesan kepada orang ramai agar berhenti daripada terus menerus menyebarkan aib memandangkan individu tersebut sudah pun dikenakan hukuman.

“Apa yang berlaku kepada selebriti tu boleh menjadi ibrah buat semua pendakwah. Semua kita ada nafsu dan sudah pasti terdapat gerombolan syaitan yang akan selalu menghasut sehingga kita terbabas.

“Dia didapati bersalah, dan sudah mula dikenakan hukuman atas perbuatannya itu. Kita tak boleh nak berterusan menyebut keaibannya. Dosa dengan Allah ni bila mana Muslim bertaubat kepadaNya, Allah akan terima.

“Kita pula yang tak habis-habis mencanang dosa? Yang pernah dilakukan oleh orang lain, apalah nasib kita nanti di akhirat sana. Apabila wujud dosa berkait sesama manusia ni, aib kita masih Allah jaga dan masih ada air muka buat kita,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap pendakwah bebas, Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail kekal menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan.

Sumber: IG PU Syed

Anda mungkin berminat dengan

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement