Skip to main content

Filem

Diolog Kerap Bertukar Secara Spontan, Jack Tan Dedah Zizan Razak Banyak Bantu Di Set TERBANG, “Terutama Dalam Bahasa Melayu & Inggeris…”

Jack Tan terbang

Sekilas

  • Jack Tan mendedahkan Zizan Razak dan Namron banyak membantunya sepanjang penggambaran filem TERBANG, terutama dalam menghadapi perubahan dialog spontan oleh pengarah Chiu Keng Guan.
  • Jack menerima tawaran membintangi TERBANG dengan cepat kerana jalan cerita yang dekat dengan minatnya dalam dunia permotoran sebagai drifter dan pelumba.
  • Filem TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan hidup legenda sukan permotoran Malaysia, Karamjit Singh, dan akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.
Advertisement

Pelakon, Jack Tan mendedahkan aktor Zizan Razak dan Namron banyak membantunya sepanjang menjalani penggambaran filem TERBANG, terutamanya apabila melibatkan perubahan dialog yang dilakukan secara spontan oleh pengarah, Chiu Keng Guan.

Menurut Jack, proses penggambaran filem berkenaan memerlukan para pelakon sentiasa bersedia kerana terdapat babak yang mengalami perubahan dialog mengikut emosi dan perkembangan karakter.

Advertisement

“Saya rasa kami saling membantu juga, terutama dari segi dialog dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

“Sebab pengarah memang suka buat perubahan secara tiba-tiba. Cara dia agak direct, jadi ikut perkembangan cerita atau emosi karakter, dia akan tukar dialog itu di set.

“Contohnya pada waktu pagi, Namron perlukan sedikit masa untuk hadam dialog baharu itu. Jadi Zizan dan Namron akan bantu saya, sama-sama fikir macam mana dialog itu boleh jadi yang terbaik.

Advertisement

“Contoh waktu pagi Namron memerlukan sedikit masa untuk ‘digest’ dialog itu, jadi dalam masa yang sama mereka juga akan membantu saya.

“Mereka akan tolong untuk jadikan dialog itu dialog terbaik. Saya rasa sangat gembira sebab dapat bekerja sama dengan mereka,” katanya ketika ditemui diset penggambaran Terbang sebelum ini.


 

Mengulas mengenai naskhah itu, Jack berkata dia tidak mengambil masa lama untuk menerima tawaran membintangi TERBANG kerana jalan ceritanya dekat dengan minatnya terhadap dunia permotoran.

Jelas Jack lagi, selain bergelar pelakon, dia juga aktif sebagai seorang drifter dan pelumba, sekali gus menjadikan naskhah tersebut sesuatu yang cukup menarik untuk dilakonkan.

“Ini merupakan antara tajuk yang saya suka sebab saya juga merupakan seorang ‘drifter’ serta ‘racer’ dan filem pula berkaitan dengan dunia rali, cuma ia sedikit berbeza dengan drifting.

“Saya juga rasa dapat belajar sesuatu daripada projek ini dan itulah antara sebab saya bersetuju untuk terlibat dengan naskhah ini,” ujarnya.


Selain Jack Tan, filem ini turut dibintangi Irfan Zaini,  Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle, Aiman Hakim, Shweta Sekhon dan Mikael Noah.

TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan hidup legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh yang pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas rali dunia.

TERBANG juga akan menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.

Anda mungkin berminat dengan

👍car scratch remover Body Compound car Scratch Repair Agent Car Scratch Repair ​Kits Auto Body Compound Care 划痕修复剂

👍car scratch remover Body Compound car Scratch Repair Agent Car Scratch Repair ​Kits Auto Body Compound Care 划痕修复剂

Carpet Nail Spike Backing For Driver Size 1PC Coilmat Karpet For All Universal Car Proton Honda Toyota Perodua Nissan

Carpet Nail Spike Backing For Driver Size 1PC Coilmat Karpet For All Universal Car Proton Honda Toyota Perodua Nissan

Perodua/Daihatsu Myvi Gen3/Lagi Best, Alza, Axia, Aruz, Bezza Cabin Air Cond Filter Penapis Kabin

Perodua/Daihatsu Myvi Gen3/Lagi Best, Alza, Axia, Aruz, Bezza Cabin Air Cond Filter Penapis Kabin

iDECO™ 1Pcs Multifunctional Car Seat Back Water Cup Holder with Hook Rear Storage Box Auto Beverage Rack

iDECO™ 1Pcs Multifunctional Car Seat Back Water Cup Holder with Hook Rear Storage Box Auto Beverage Rack

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

Number Plate Kereta 2D Auto Car Plate (Tulisan Tanam) Nombor Plat Kereta 车牌 No Flat JPJ Pass Font Silver / White Custom

Number Plate Kereta 2D Auto Car Plate (Tulisan Tanam) Nombor Plat Kereta 车牌 No Flat JPJ Pass Font Silver / White Custom

Must Watch Video

Advertisement