Skip to main content

Hiburan

“Diorang Yang Cakap, Aku Yang Malu” - Netizen Terhibur Tengok Mek Yun & Abe Wee Cuba Bertutur Dalam Bahasa Cina

Mek Yun

Personaliti media sosial, Mek Yun menyorot perhatian netizen selepas berkongsi video cuba bertutur dalam bahasa Cina bersama abangnya, Abe Wee.

Menerusi hantaran di TikTok, Mek Yun atau nama lengkapnya Wee Yun Nee cuba membuat pesanan di kedai makan dengan menggunakan bahasa cina sepenuhnya.

“Saya dan Abe Wee dah berlatih dalam kereta tadi, dan sekarang kita nak cabar diri untuk cakap bahasa Cina dekat kedai Cina,” katanya.

Namun apa menggelikan hati adalah apabila kedua-dua mereka gagal untuk memahami sehingga tersalah cakap dengan pemilik kedai makan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Mek Yun dan Abe Wee.

Namun ada juga yang memuji mereka kerana cuba untuk bertutur dalam bahasa Cina.


Must-Watch Video

Advertisement