Skip to main content

Hiburan

Dipandang Sinis Pelakon Senior Ketika Cuci Kereta, Ammar Titan Tak Ambil Hati - “Mungkin Dia Nak Uji Saya Saja”

Ammar Titan

Sekilas

  • Ammar Titan berkongsi pengalaman kurang senang apabila ditegur secara negatif oleh seorang pelakon wanita senior ketika menegur beliau di Kota Damansara.
  • Pelakon senior itu memberi amaran tentang cabaran menjadi pelakon yang memerlukan kesabaran kerana sering kena marah.
  • Ammar menganggap teguran itu sebagai ujian dan tidak menyimpan dendam, malah terbuka untuk bekerjasama dengan pelakon tersebut pada masa akan datang.

Pelawak, pelakon dan pengacara, Ammar Titan berkongsi pengalaman kurang senang yang dialaminya sewaktu menegur seorang pelakon wanita senior, beberapa hari yang lalu.

Menurut Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan, dia yang ketika itu sedang mencuci kereta cuba menegur namun mendapat respon yang negatif daripada pelakon berkenaan.

“Perkara ini berlaku ketika saya sedang mencuci kereta di Kota Damansara. Sedang saya menunggu, saya ternampak satu sosok tubuh pelakon senior tetapi saya betul-betul tak ingat nama dia.

“Bila kita berjumpa dengan orang yang lebih berpengalaman, sebagai seorang anak seni yang lebih muda jadi saya pun tegur dia, “Assalamualaikum akak, saya teringin berlakon dengan akak.

“Selepas itu dia cakap, ‘Betul ke? Takut tak boleh sabar sebab nak jadi pelakon kena sabar sebab banyak kena marah,” katanya kepada Gempak.

Ammar berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran Al-Aqsa Carpet milik pelakon, Dazrin Kamarudin di Shah Alam pada Ahad.

Walau bagaimanapun, bekas peserta Muzikal Lawak Superstar 2025 ini menganggap tindakan pelakon senior yang tidak didedahkan nama itu sekadar mahu menguji dirinya sahaja.

Malah, dia tidak menyimpan dendam malah terbuka untuk bekerjasama dengan pelakon itu di masa akan datang.

“Mungkin nada dia lain dan penerimaan saya pula lain. Pada saya mungkin jawapan dia itu sekadar nak menguji saya saja sebab dunia lakonan perlukan kekentalan yang kuat.

“Kalau satu hari nanti saya ada rezeki digandingkan semula tak adalah nak balas balik. Cuma saya akan ingat kata-kata dia dan jadikan ia sebagai pemangkin untuk saya buat lebih baikm’ ujarnya.

Must-Watch Video

Advertisement