Skip to main content

Hiburan

Diramal Hidup Setahun, Pelakon Game of Thrones, Michael Patrick Meninggal Dunia

Astrogempak Thrones

Sekilas

  • Michael Patrick, pelakon Game of Thrones, meninggal dunia pada usia 35 tahun selepas berjuang dengan penyakit Motor Neuron Disease (MND) sejak 2023.
  • Patrick disahkan menghidap MND pada Februari 2023 dan menolak bantuan pernafasan kerana rawatan itu memerlukan tempoh lama di hospital.
  • Berita kematiannya disampaikan oleh isteri beliau, Naomi Sheehan, yang berkongsi bahawa Patrick pergi dengan tenang dikelilingi keluarga dan rakan-rakan.
Advertisement

Salah seorang bintang Game of Thrones, Michael Patrick meninggal dunia pada usia 35 tahun selepas ‘tewas’ berjuang dengan penyakit Motor Neuron Disease (MND) yang dihidapi sejak 2023.

MND merupakan penyakit saraf yang mengakibatkan kelemahan otot, kesukaran berjalan, bercakap, menelan dan bernafas yang menjadi semakin kronik daripada masa ke semasa.

Advertisement

Patrick meninggal dunia disamping isterinya, Naomi Sheehan dan keluarga di Northern Ireland Hospice pada 7 April. Berita duka itu disampaikan oleh Sheehan menerusi perkongsian di akaun media sosialnya, lapor ibtime.co.uk.

"Patrick didiagnosis dengan Motor Neurone Disease pada 1 Februari 2023. Dia dirawat selama 10 hari terakhir dan mendapat perawatan luar biasa dari tim di sana.

“Dia pergi dengan tenang dikelilingi keluarga dan teman-teman," tulis Sheehan.

Sejak menghidap MND, Patrick yang muncul dalam musim ke-enam naskhah tersebut pernah berkongsi mengenai perjuangannya melawan penyakit tersebut.

Dia pernah memberitahu peminat, doktor memaklumkan dirinya hanya memiliki masa satu tahun untuk hidup.

Malah beberapa sebelum meninggal dunia, pelakon ini berkongsi perkembangan kesihatannya di media sosial.

Bintang Ireland itu menolak untuk menerima bantuan pernafasan kerana rawatan tersebut akan membuat dirinya terpaksa ditahan di hospital sehingga setahun.

“Jadi saya dan isteri sudah lebih seminggu di hospital. Kami dengan bantuan tim pakar berbincang tentang rawatan terbaik untuk saya, salah satunya dengan mendapatkan bantuan pernafasan.

“Namun saya menolak alternatif ini kerana ia membuatkan saya perlu berada di hospital dari enam sehingga 12 bulan sebelum boleh pulang ke rumah.

“Semua pihak telah cuba melakukan yang terbaik, namun ia tidak seperti yang dirancang,” tulisnya.

Pengakuan itu menarik perhatian peminat dan pengguna media sosial yang membanjiri dengan ucapan takziah selepas Patrick meninggal dunia.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement