Skip to main content

Selebriti

Diramal Menang Besar AIM25, Siti Nurhaliza: “Ramalan Tetap Ramalan, Saya Tak Nak Irama Tradisional Bermusim”

Diramal Menang Besar AIM25, Siti Nurhaliza: “Ramalan Tetap Ramalan, Saya Tak Nak Irama Tradisional Bermusim”

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza berbangga album ‘Gema Bumantara’ meraih 14 pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-25 sebagai usaha memperjuangkan irama tradisional.
  • Siti menyerahkan keputusan malam kemuncak AIM25 kepada juri profesional dan melihat pencalonan itu sebagai kemenangan untuk semua tenaga kreatif di sebalik album tersebut.
  • Beliau gembira melihat generasi muda mula menghasilkan karya berirama tradisional dan berharap muzik tradisional terus berkembang tanpa menjadi trend sementara.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan kejayaan album ‘Gema Bumantara’ meraih 14 pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) sebagai satu kemenangan besar buat dirinya dan seluruh tenaga kreatif yang terbabit.

Bagi Siti, kejayaan mara sehingga ke peringkat akhir sudah cukup membanggakan memandangkan album berkenaan dihasilkan bukan semata mata untuk dirinya, sebaliknya sebagai usaha memperjuangkan kelangsungan irama tradisional.

Advertisement

“Alhamdulillah, saya sebenarnya bersyukur kerana usaha untuk memberikan yang terbaik untuk ‘Gema Bumantara’ itu terhasil apabila sampai dicalonkan untuk 14 kategori.

“Sampai ke peringkat final itu dah menjadi satu kebanggaan untuk saya sebab saya memperjuangkan irama tradisional ini bukan untuk diri saya tapi untuk industri dan juga untuk generasi akan datang.

“Apa pun keputusan saya terima dengan hati terbuka kerana bagi saya, saya menghasilkan dia itu dah satu kemenangan untuk saya,” katanya kepada Gempak ketika karpet merah AIM25 di Kuching, Sarawak.

Advertisement

Dalam pada itu, Siti tidak mahu terlalu memikirkan ramalan mengenai jumlah trofi yang mungkin dibawa pulang pada malam kemuncak AIM25.

Sebaliknya, penyanyi berusia 47 tahun itu menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada barisan juri profesional.

“Ramalan tetap ramalanlah, tapi bagi saya, saya dengan hati terbuka. Macam saya katakan tadi, dah berjaya untuk banyak kategori pun dah satu kemenangan untuk diri saya, untuk ‘Gema Bumantara’ sendiri.

“Yang hadir dan yang support album ini bukan penyanyi sahaja tetapi pencipta lagu, penulis lirik, arranger dan juga producer. Jadi ini untuk mereka!

“Untuk saya, saya menjadikan ia satu kenyataan untuk semua komposer muda yang nak mencipta lagu tradisional,” katanya.

Lebih menggembirakan Siti apabila dia melihat kemunculan ‘Gema Bumantara’ turut disusuli dengan kecenderungan generasi muda menghasilkan karya berteraskan irama tradisional.

“Saya memang rasa macam dialu-alukan sangat dengan semangat untuk ‘Gema Bumantara’ ini sebab selepas saya keluarkan album ‘Gema Bumantara’, saya dapat tengok semangat untuk generasi yang muda, ada yang keluarkan lagu berirama tradisional.

“Dan kebetulan event event sebelum ini semuanya bertemakan tradisional. Jadi, saya memang rasa gembira,” katanya.

Namun, di sebalik sambutan tersebut, Siti mempunyai satu harapan besar iaitu mahu kebangkitan muzik tradisional terus berkembang dan tidak sekadar menjadi satu trend sementara.

“Yang paling penting saya tak nak dia bersiklus atau bermusim. Saya nak sampai bila bila,” katanya.

Malam kemuncak AIM25 berlangsung malam ini dengan ‘Gema Bumantara’ menjadi antara karya yang mencuri perhatian selepas menerima 14 pencalonan.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Must Watch Video

Advertisement