Skip to main content

Hiburan

Disamakan Dengan Watak…, Dr Asyraf Wajdi Terjebak Tengok ‘Teach You A Lesson’ - “Dua Malam Dah Tidur Lewat”

Teach You A Lesson

Sekilas

  • Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kini turut menonton drama Korea Selatan yang sedang viral, TEACH YOU A LESSON.
  • Beliau mengakui sudah tidur lewat hampir dua malam kerana mengikuti drama tersebut yang ada persamaan dengan pendekatan MRSM dalam menangani isu buli.
  • Asyraf juga berkongsi telah menonton tiga episod selepas netizen menyamakan watak Menteri Pendidikan dalam drama itu dengan dirinya.
Advertisement

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan dia kini turut ‘terjebak’ menonton drama bersiri Korea Selatan yang sedang menjadi fenomena dalam kalangan penonton.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Asyraf berkata, sudah hampir dua malam beliau tidur lewat kerana menonton drama tersebut yang dikatakan mempunyai persamaan dengan pendekatan yang dilaksanakan MRSM bagi menangani isu buli.

Advertisement

Beliau turut berkongsi bahawa telah menonton tiga episod selepas ada juga netizen yang menyamakan watak Menteri Pendidikan dalam drama berkenaan dengannya.

“Aduhai. Macam-macamlah netizen ni. Saya pun dah terjebak dengan drama TEACH YOU A LESSON ni.

Dua malam dah tidur lewat. Baru masuk episod ke-3,” ujarnya.

Terdahulu, ramai menyarankan Asyraf untuk menonton drama bersiri itu kerana merasakan terdapat banyak kemiripan karakter dalam watak Menteri Pendidikan drama bersiri itu dengan beliau.

Sumber: Facebook

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement