Skip to main content
Advertisement

Bollywood

Disangka Hamil Anak Ketiga, Video Kareena Kapoor Keluar Gim Cetus Spekulasi

Disangka Hamil Anak Ketiga, Video Kareena Kapoor Keluar Gim Cetus Spekulasi

Sekilas

  • Kareena Kapoor menjadi tumpuan selepas video dia meninggalkan gim di Mumbai mencetuskan spekulasi dia hamil anak ketiga.
  • Spekulasi itu dinafikan oleh sumber terdekat yang mengesahkan Kareena tidak hamil dan khabar angin itu tidak benar.
  • Kareena dan suaminya, Saif Ali Khan, kini mempunyai dua anak lelaki dan tiada perancangan menambah cahaya mata.
Advertisement

Aktres Bollywood Kareena Kapoor menjadi perhatian selepas tersebar sebuah video yang mencetuskan spekulasi kononnya dia sedang hamil anak ketiga bersama suaminya, Saif Ali Khan.

Spekulasi itu bermula selepas Kareena dirakam meninggalkan sebuah gim di Mumbai sejurus pulang daripada percutian bersama keluarga.

Advertisement

Dalam rakaman berkenaan, Kareena dilihat mengenakan pakaian sukan sambil berjalan menuju ke kenderaan bersama beberapa anggota pasukannya.

Pada satu ketika, seorang anggota pasukan turut memegang payung bagi melindunginya daripada jurugambar.

Namun, perhatian netizen lebih terarah kepada bentuk tubuh Kareena apabila ada yang mendakwa ternampak seakan ‘baby bump’, sekali gus mencetuskan andaian bahawa aktres itu mungkin sedang berbadan dua.

Advertisement

Bagaimanapun, khabar angin tersebut kemudiannya dinafikan oleh sumber terdekat Kareena.

Menurut sumber berkenaan, aktres itu tidak hamil dan dakwaan yang sedang bertebaran di media sosial adalah tidak benar.

Kareena sebelum ini juga pernah berkongsi mengenai perancangan keluarganya dan memberi gambaran bahawa dia tidak berhasrat menambah cahaya mata.

Dalam satu temu bual terdahulu, Kareena secara berseloroh berkata Saif mempunyai anak pada setiap dekad usia, namun dia tidak mahu perkara sama berlaku apabila suaminya memasuki usia 60-an.

Pasangan berkenaan kini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Taimur Ali Khan dan Jehangir Ali Khan.

Saif pula mempunyai dua lagi anak iaitu Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan hasil perkahwinan terdahulu bersama aktres Amrita Singh.

Justeru, setakat ini, spekulasi mengenai kehamilan ketiga Kareena hanyalah khabar angin dan tidak disahkan oleh pasangan tersebut.

Sumber: NDTV

Anda mungkin berminat dengan

Jies Washed Loose Fit Straight Leg Cropped Jeans 水洗牛仔裤宽松百搭直筒七分裤 - Gray G8503

Jies Washed Loose Fit Straight Leg Cropped Jeans 水洗牛仔裤宽松百搭直筒七分裤 - Gray G8503

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

Men's Tactical Cargo Pants Field Tactical Pants

Men's Tactical Cargo Pants Field Tactical Pants

adidas Lifestyle Adilette Clog 2.0 Unisex Yellow JR4026

adidas Lifestyle Adilette Clog 2.0 Unisex Yellow JR4026

Wool Socks Extra Thick Men Women Winter Velvet Warm Fleece Socks Soft Casual Socks Cold Resistant Cashmere Socks Medium Length Socks

Wool Socks Extra Thick Men Women Winter Velvet Warm Fleece Socks Soft Casual Socks Cold Resistant Cashmere Socks Medium Length Socks

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Must Watch Video

Advertisement