Skip to main content

Hiburan

Disindir 'Second Hand', Nadia Annuar Mahu Bela Maruah Wanita Berstatus Janda - "Kami Pun Kalau Boleh Tak Nak..."

Nadia Annuar

Pengacara, Nadia Annuar meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang gemar bergurau tanpa memikirkan perasaan orang lain, khususnya terhadap wanita yang bergelar janda.

 

Menurut Nadia, meskipun dia suka untuk berjenaka namun batasan tetap perlu ada agar tidak mengguris hati pihak lain. 

 

“Walaupun saya suka bergurau, tolonglah juga jaga kata-kata. Kalau mahu perhatian, jangan sampai kurang ajar. Jika tiada perkara baik untuk diperkatakan, lebih baik diam,” tulisnya di platform Threads. 

 

Nadia turut menjelaskan realiti yang terpaksa dihadapi oleh golongan janda yang sering disalahkan atas pilihan hidup mereka, walaupun hakikatnya mereka hanya cuba untuk terus kuat demi keluarga dan anak-anak.

 

Dalam pada itu, Nadia turut menegaskan bahawa tiada kesalahan untuk golongan janda saling menyokong dan bangkit bersama, namun mereka sering disalah anggap dan dipandang rendah oleh masyarakat.

 

“Sebagai janda, kami tiada pilihan selain menunjukkan kami kuat di hadapan keluarga, anak-anak dan kawan-kawan. Hakikatnya, orang tetap menyalahkan kami atas keputusan hidup kami. 

 

“Kami pun, kalau boleh, tidak mahu menyusahkan sesiapa. Jadi kami tunjukkan diri kami gembira sahaja. Tidak cukupkah kecaman yang kami terima selama ini?

 

“Kalau kami mahu bangkit dan saling menyokong pun salah ke? Kami tahu kami ini ‘second hand’, barang tak laku. Tak mengapa. Kami pun tidak memaksa sesiapa untuk menyayangi kami,” ujarnya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement