Skip to main content

Hiburan

Ditawar Elaun RM50k Sebulan & Banglo, Amy Nur Tinie Tolak ‘Offer’ Jadi Isteri Ketiga VVIP - “Biarlah Saya Berjaya Dengan Jalan Yang Betul”

Amy Nur Tinie

Sekilas

  • Amy Nur Tinie mendedahkan dia pernah dilamar menjadi isteri ketiga seorang VVIP dengan tawaran banglo, kereta, tanah dan elaun RM50,000 sebulan.
  • Pelakon itu menolak tawaran tersebut kerana VVIP itu sebaya dengan ayahnya dan memilih untuk hidup single serta berbakti kepada keluarga dengan duit halal.
  • Amy lebih mementingkan suami yang bertanggungjawab dan stabil kewangan, dengan rupa paras sebagai bonus sahaja.

Pelakon, Amy Nur Tinie mendedahkan bahawa dia pernah dilamar untuk menjadi isteri ketiga kepada seorang lelaki berpangkat ‘VVIP’.

Dakwa Amy, dia juga akan diberikan beberapa habuan sekiranya bersetuju dengan lamaran tersebut.

“Saya kan banyak menjadi pengacara majlis buat majlis korporat. Jadi, adalah VVIP yang datang mencuba minta nombor telefon ajak keluar makan malam dan sebagainya.

“Ada satu ketika, ada seorang VVIP ini nak saya jadi isteri nombor tiga tapi siap bagi tawaran sebuah banglo, sebua kereta, tanah sebesar 10 ekad dan elaun sebanyak RM50,000 sebulan,” katanya.

Walau bagaimanapun, pelakon yang terkenal menerusi drama Dia Imamku ini memilih untuk menolak daripada menerima tawaran tersebut.

“Tapi taknaklah saya sebab dah sebaya ayah saya dah VVIP itu. Kita bangun pagi nak tengok muka juga buka tengok duit dia,” ujarnya.

Amu berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast Sembang Seram yang dikendalikan alumni Hero Remaja, Safwan Nazri.

Tambah Amy, disebabkan itulah dia memilih untuk hidup ‘single’ hingga ke hari ini dan mahu berbakti buat keluarganya dengan duit yang halal.

“Sebab itu saya memilih untuk single. Kalau fikir nak hidup senang, memang boleh sangat untuk saya terima lamaran tu tapi biarlah saya pilih untuk berjaya dengan jalan yang betul.

“Biar saya guna tolong empat kerat saya untuk bantu keluarga dengan duit dari saluran yang betul,” kongsinya.

Berkongsi pula mengenai kriteria jejaka pilihan, Amy memaklumkan bahawa dia lebih mementingkan seorang suami yang bertanggungjawab dan cukup sekadar stabil dari segi kewangan.

“Bercakap soal lelaki, kalau tak dapat kaya sangat pun tak mengapa janji dia bertanggungjawab dan ada kewangan yang stabil.

“Tapi, kalau dapat yang kaya itu bonuslah. Biarlah ada rupa juga. Kalau ada rupa macam Robert Downey Jr tu ke, saya okay saja tapi kalau dah rupa macam atok-atok, tak naklah saya,” ujarnya.

Sumber: TikTok Sembang Seram

Must-Watch Video

Advertisement