Skip to main content

Indonesia

“Ditemani Milly Lagi” – Netizen Teka, Dian Sastro Beri Petunjuk Bakal Ada AADC 3?

“Ditemani Milly Lagi” – Netizen Teka, Dian Sastro Beri Petunjuk Bakal Ada AADC 3?

Sekilas

  • Dian Sastrowardoyo memuat naik foto bersama skrip dan Sissy Prescillia yang menimbulkan spekulasi mengenai filem Ada Apa dengan Cinta? 3.
  • Penerbit Miles Films, Mira Lesmana turut meninggalkan komen yang menambah tanda tanya tentang projek terbaru ini.
  • Tiada pengesahan rasmi dikeluarkan setakat ini, walaupun peminat sangat berharap sekuel ketiga akan diterbitkan.
Advertisement

Pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat selepas memuat naik beberapa hantaran terbaharu di Instagram.

Menerusi satu hantaran, Dian berkongsi mengenai rutin minum kopi sambil memaparkan sekeping foto dengan latar belakang naskhah skrip.

Advertisement

Namun, jika diperhatikan dengan lebih dekat, skrip berkenaan memaparkan perbualan antara Cinta dan Milly, dua karakter popular daripada filem Ada Apa dengan Cinta? (AADC?).

Hantaran itu sekali gus mengundang spekulasi dalam kalangan netizen mengenai kemungkinan Ada Apa dengan Cinta? 3 (AADC? 3) bakal direalisasikan.

Spekulasi tersebut semakin hangat selepas Dian berkongsi foto ketika menjalani penggambaran bersama Sissy Prescillia yang memegang watak Milly dalam filem berkenaan.

“Ditemani Milly lagi,” tulis Dian dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram seperti dilaporkan Kompas.

Hantaran tersebut pantas dibanjiri komen peminat AADC? yang berharap filem ketiga francais berkenaan bakal dihasilkan.

Lebih menarik, penerbit Miles Films, Mira Lesmana turut meninggalkan komen pada hantaran Dian.

“Kalian sedang buat apa?”,  tulis Mira yang secara tidak langsung menambahkan lagi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Dian mahupun pihak produksi mengenai projek terbaharu mereka.

Ada Apa dengan Cinta? yang menjadi filem fenomena pertama kali ditayangkan pada 2002. Ia dibintangi Dian Sastro sebagai Cinta serta Nicholas Saputra sebagai Rangga.

Filem berkenaan dianggap antara karya penting yang membantu menghidupkan semula industri perfileman Indonesia selepas melalui tempoh kemerosotan.

Lebih sedekad atau 14 tahun kemudian,  Miles Films meneruskan kisah tersebut menerusi Ada Apa dengan Cinta? 2 pada 2016.

Sekuel itu menyaksikan Rangga dan Cinta kembali bertemu selepas 14 tahun terpisah, namun hubungan mereka berdepan pelbagai konflik dan persoalan baharu.

Kini, hantaran terbaharu Dian bersama Sissy sekali lagi membuatkan peminat tertanya-tanya adakah Cinta, Rangga dan Milly bakal kembali menerusi AADC? 3?

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement