Skip to main content

Viral

Dituduh Tumpang Populariti Siti Nurhaliza, Irene Catalina Tenang Hadapi Kritikan - "Ada Yang DM Cakap..."

Astro Gempak irene siti

Sekilas

  • Irene Catalina kembali mencuri perhatian sejak aktif semula dalam industri muzik dan baru-baru ini membuat persembahan di The Music Run by AFFIN di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Walaupun menerima kritikan dan soalan netizen tentang kehadirannya di acara sama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Irene memilih untuk fokus pada perkara positif dan menghargai peluang yang diberikan.
  • Irene mempersembahkan tiga lagu dan kini sedang mengumpul material untuk lagu terbaru serta memenuhi undangan persembahan korporat di sekitar ibu kota.

Sejak kembali aktif dalam industri muzik sekitar September tahun lalu, penyanyi Irene Catalina semakin mencuri perhatian, namun dalam masa sama tidak terlepas daripada menjadi topik perbualan netizen.

Terbaharu, penampilannya di acara The Music Run by AFFIN yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu mengundang pelbagai reaksi, khususnya daripada segelintir individu yang kurang mengenalinya.

Malah, ada yang mempertikaikan kehadirannya di pentas tersebut, apatah lagi apabila dia berkongsi acara sama dengan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Saya ada terbaca komen-komen netizen yang bertanya siapa saya dan mempertikai kenapa saya membuat persembahan di acara ini. Tidak mengapa, saya memilih untuk kekal tenang dan fokus pada perkara-perkara yang lebih positif.

“Sebenarnya bukan sekadar komen yang orang ramai boleh lihat, saya ada juga terima beberapa mesej yang dihantar secara peribadi (DM). Beberapa orang tanya siapa saya dan cakap saya cuba tumpang populariti Datuk Seri Siti Nurhaliza memandangkan beliau pun membuat persembahan pada acara yang sama.

“Tak mengapa, saya harap mereka yang berkata begitu lebih terbuka hati untuk menerima saya dan menghargai usaha saya untuk berkongsi bakat kepada semua,” katanya kepada Gempak.

Walaupun berdepan kritikan, Irene tetap bersyukur dengan peluang yang diberikan dan melihatnya sebagai satu rezeki.

“Saya percaya pada rezeki yang Allah SWT kurniakan, saya rasa bertuah kerana dapat berkongsi pentas dengan artis-artis bernama besar yang lain terutamanya Tok Ti. Ia membuatkan saya rasa lebih bersemangat untuk terus bergerak ke hadapan,” ujarnya.

Pada acara tersebut, Irene mempersembahkan tiga buah lagu iaitu Golden (Huntrix), Mahu Apa Lagi dan Tabola Bale (Silet Open Up).

Mengakui berasa gementar, Irene bagaimanapun tetap cuba memberikan yang terbaik sepanjang persembahan.

“Sejujurnya saya memang gementar sebelum membuat persembahan tetapi saya hanya melakukan yang terbaik. Dulu sewaktu masih bersama kumpulan Angels, pernah juga terlibat membuat persembahan di acara-acara besar, namun sejak melancarkan lagu Mahu Apa Lagi tahun lalu, ini adalah kali pertama saya terlibat membuat persembahan di acara besar seperti ini,” katanya yang kini bergerak solo.

Dalam perkembangan lain, Irene kini sedang giat mengumpul material bagi menghasilkan lagu terbaharu selain memenuhi beberapa undangan persembahan korporat di sekitar ibu kota.

Anda mungkin berminat dengan

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Must-Watch Video

Advertisement