Skip to main content

Hollywood

DM Spontan Nick Jonas Ubah Kisah Hidupnya Bersama Priyanka Chopra!

DM Spontan Nick Jonas Ubah Kisah Hidupnya Bersama Priyanka Chopra!

Sekilas

  • Nick Jonas dan Priyanka Chopra berkongsi detik pertama mereka berkenalan melalui mesej ringkas di Twitter dalam episod terbaru podcast Jonas Brothers.
  • Mesej pertama Nick bertanya sama ada Priyanka akan berada di Los Angeles, dan mereka mula berkenalan secara peribadi melalui telefon sebelum bertemu di Vanity Fair Oscars After-Party 2017.
  • Pasangan ini kemudiannya berkahwin di Udaipur, India, dan kini mempunyai seorang anak perempuan, Malti Marie, menerusi ibu tumpang.
Advertisement

Bukan bunga, bukan hadiah mahal. Hanya satu mesej ringkas di Twitter sudah cukup untuk membuka jalan kepada kisah cinta Nick Jonas dan Priyanka Chopra yang kini menjadi antara pasangan selebriti paling ikonik Hollywood-Bollywood.

Menerusi episod terbaru podcast Jonas Brothers, pasangan itu akhirnya mendedahkan semula detik pertama mereka berkenalan. Lebih menarik, tangkap layar DM pertama yang dihantar Nick kepada Priyanka turut dipaparkan buat tatapan peminat.

Advertisement

Menurut Nick, semuanya berlaku secara spontan selepas dia terdengar abangnya, Kevin Jonas, bercerita mengenai Priyanka, lapor People.

"Saya tak pernah tengok Quantico. Tapi masa Kevin cerita pasal siri itu, saya ternampak papan iklan besar Priyanka di Sunset Boulevard. Saya terus buka Twitter dan fikir, 'Eh, dia follow  (ikuti) saya ke?' Bila tengok memang dia follow saya, saya terus hantar DM," katanya.

Priyanka pula mengakui dia sendiri tidak menyangka mesej tersebut akhirnya membawa kepada hubungan yang mengubah hidup mereka.

"Lucunya, saya dan Kevin lebih banyak berkongsi minat yang sama berbanding saya dan Nick. Tapi nampaknya, jodoh memang tak perlukan banyak persamaan," selorohnya.

Suasana podcast bertambah kecoh apabila Joe dan Kevin Jonas membaca semula mesej pertama pasangan itu.

Nick menulis: "Hai. Saya dengar daripada beberapa orang yang kita patut berjumpa. Saya rasa mereka betul. Awak akan berada di Los Angeles dalam masa terdekat?"

Pertanyaan tersebut dibalas Priyanka dan meminta untuk ‘berkenalan’ lewat telefon terlebih dahulu.

"Hai. Graham banyak bercerita tentang awak. Apa kata kita berbual melalui mesej telefon? Lebih peribadi sebab pasukan saya juga boleh mengakses akaun ini,” kata Chopra yang bakal muncul dengan filem Bollywood terkini berjudul Varanasi.

Mendengar semula perbualan tersebut, Nick dan Priyanka terus tersipu-sipu malu sambil ketawa. Malah, kedua-duanya dilihat saling berpegangan tangan sepanjang segmen tersebut.

Namun ‘gerakan pertama’  di media sosial itu akhirnya membawa mereka bertemu buat kali pertama di Vanity Fair Oscars After-Party pada 2017.

Tidak lama kemudian,  mereka hadir ke Met Gala sehingga  mencetuskan gosip percintaan sebelum Nick melamar Priyanka pada 2018.

Pasangan itu kemudian disatukan dalam majlis perkahwinan mewah di Udaipur, India yang menggabungkan adat Hindu dan Kristian.

Empat tahun kemudian, mereka menyambut kelahiran anak perempuan, Malti Marie, menerusi ibu tumpang dan kini terus menjadi antara pasangan selebriti paling romantis di Hollywood.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

ZANZEA Women Daily Retro Casual Loose Long Sleeve Solid Color Blouse

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

Must Watch Video

Advertisement