Sekilas
- Datuk Fazley Yaakob berseloroh tentang ciri wanita idamannya yang mirip watak Mei Mei dari filem Kung Fu Panda dalam satu hantaran di Threads.
- Fazley mengakui dia tetap bahagia dengan pasangan sekarang walaupun impiannya berbeza, dan gurauannya itu menghiburkan ramai netizen.
- Pasangannya, Datuk Seri Vida, turut memberi reaksi positif, manakala netizen memuji gandingan unik mereka sebagai sesuatu yang mengejutkan dan menghiburkan.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian netizen apabila berseloroh mengenai ciri-ciri wanita yang pernah diimpikannya, namun menganggap dirinya tetap bertuah dengan pasangan yang dimiliki sekarang.
Menerusi satu hantaran di Threads, Fazley secara berseloroh berkata dia pernah membayangkan untuk mempunyai pasangan yang berwajah kacukan Cina, berkulit gebu, mempunyai ketiak bersih serta tidak mengenakan solekan tebal.
Bagaimanapun, dia mengaitkan impian tersebut dengan watak Mei Mei, teman wanita Po dalam filem animasi Kung Fu Panda, sekali gus mencetuskan reaksi lucu dalam kalangan pengikutnya.
“Doa nak isteri nak yang gebu, Chinese look, ketiak bersih, tak pakai make up tebal... tapi dapat Mei Mei GF Po Kung Fu Panda. Saya tetap happy je sebab saya sedar saya ni Po,” tulisnya.
Hantaran berkenaan turut mengundang reaksi daripada pasangannya, Datuk Seri Vida yang dilihat turut terhibur dengan gurauan Fazley.
Perkongsian itu nyata mencuit hati netizen yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat pasangan tersebut, malah ada yang menyifatkan gandingan mereka sebagai sesuatu yang tidak dijangka.
“Dida dengan DSV sebenarnya combo yang mengejutkan ya. Hahahahaha,” komen seorang netizen.
“Hidup ini memang penuh dengan perkara-perkara yang tak terduga kan, Dato'?
“Hahahaha janji korang dua happy.
“C'mon Dato', netizen sedang menanti ni Syed Saddiq family fitness test trend.
“Dida... cute-cute, comel sangat tu. Janji Dida dan DSV bahagia selama-lamanya,” kata netizen.
