Sekilas
- Ariel Fesol dari kumpulan ALPHA mengakui suaranya masih belum pulih sepenuhnya selepas mengalami kehilangan suara secara tiba-tiba sebelum persembahan di Ipoh.
- Dia tidak menyangka masalah itu berlaku sehari sebelum konsert dan berasa risau mengenai keadaan suaranya untuk persembahan malam tersebut.
- Walaupun menghadapi cabaran kesihatan, Ariel tetap bertekad untuk memberikan persembahan terbaik demi peminat yang hadir di Ipoh.
Ahli kumpulan ALPHA, Ariel Fesol mengakui suaranya masih belum pulih sepenuhnya selepas berkongsi mengalami masalah kehilangan suara secara tiba-tiba menjelang persembahan kumpulannya di Ipoh.
Ketika dihubungi Gempak, Ariel memaklumkan dia tidak menyangka akan kehilangan suara sehari sebelum persembahan berlangsung.
"Ya, suara saya masih belum pulih sepenuhnya, Saya agak risau sebab malam ini ALPHA akan ada persembahan di Ipoh. Jadi tidak tahu bagaimana nanti," katanya.
Walaupun berdepan masalah kesihatan, Ariel tetap bertekad untuk meneruskan persembahan bersama anggota ALPHA yang lain demi tidak mengecewakan peminat yang hadir.
"Walaupun saya belum pulih sepenuhnya, saya akan cuba berikan yang terbaik untuk persembahan bersama ALPHA nanti. Doakan saya okay," katanya ringkas.
Terdahulu, Ariel Fesol berkongsi berdepan cabaran apabila kehilangan suara secara tiba-tiba hanya sehari sebelum kumpulannya dijadualkan mengadakan persembahan di Ipoh.
