Skip to main content

Hiburan

“Doakan Saya” – Fazura Syukur Dikelilingi Insan Positif Dalam Hidup

Astro Gempak 559

Sekilas

  • Fazura meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan positif yang menjadi sistem sokongan kuat dalam menghadapi cabaran hidup.
  • Pelakon itu berkongsi bahawa hanya Allah SWT yang mengetahui isi hatinya yang sukar diluahkan dan memohon doa daripada peminat.
  • Perkongsian Fazura mendapat perhatian ramai yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar dia terus kuat dan bahagia.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Fazura meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan-insan yang sentiasa menjadi sistem sokongan kuat dalam mengharungi pelbagai cabaran hidup.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin mengakui kehadiran individu yang positif dan matang banyak membantunya ketika berdepan saat-saat sukar.

“Syukur Alhamdulillah dan ucapan terima kasih buat kalian dan semua di sekeliling Faz yang sentiasa sudi hadir menjadi sistem sokongan yang positif dan matang.

“Di kala hati merasa cukup penat dan tertanya sekadar berapa panjang saja lagi sisa hidup ini, terima kasih kerana sudah memeluk Faz dengan erat dan penuh kasih sayang,” tulisnya.

fgr


Dalam perkongsian sama, pelakon filem Pisau Cukur itu turut mengakui ada perkara yang sukar untuk diluahkan, namun percaya hanya Allah SWT yang mengetahui segala yang tersirat dalam hatinya.

“Banyak yang mungkin tak dapat diungkapkan, tapi cukuplah Allah SWT yang mengetahui isi hati, apa yang tersirat lagi tersurat.

“Dan penawarnya hanya Allah SWT jua. Doakan saya,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan doa buat pelakon berusia 42 tahun itu.

Rata-rata peminat berharap Fazura terus diberikan kekuatan, ketenangan dan kebahagiaan dalam meneruskan kehidupan selain mendoakan segala urusannya dipermudahkan.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

YONEX EASY TEE

YONEX EASY TEE

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

Must Watch Video

Advertisement