Skip to main content

Hollywood

Doja Cat Enggan Main Roblox Kerana Pedofilia

Astro Gempak doja

Sekilas

  • Doja Cat menolak untuk bermain Roblox kerana menganggap ia sesuai untuk kanak-kanak dan bukan untuk orang dewasa seperti dirinya.
  • Dia menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan permainan itu selepas kes seorang lelaki British dipenjara kerana melakukan sembang seksual dengan gadis bawah umur melalui Roblox.
  • Doja Cat lebih suka permainan video seperti Dress to Impress tetapi menegaskan dia tidak akan terlibat dengan Roblox sepanjang hayatnya.
Advertisement

Penyanyi Doja Cat baru-baru ini muncul dalam  Twicth dan bersembang bersama peminat dalam platform penstriman langsung tersebut.

Antara topik yang dibicarakan adalah mengenai permainan video. Ada dalam kalangan peminat meminta agar Cat terlibat dalam permainan video terkenal dunia, Roblox.

Advertisement

Namun Cat menolak untuk bermain Roblox atas beberapa alasan. Tanpa berselindung dia memberitahu tidak akan pernah terlibat dengan permainan video itu seumur hidupnya.

“Saya diajak bermain Roblox. Tolong hentikan. Saya sudah berusia 30 tahun,” katanya seperti dilaporkan Dork.

Tidak berhenti di situ, wanita ini mengatakan dia suka dengan salah satu permainan video Dress to Impress namun ia tidak mampu membuatnya terlibat dengan Roblox.

“Saya lihat ramai yang suka dengan Dress to Impress. Roblox? Kanak-kanak suka, saya orang dewasa,” katanya.

Cat juga dengan lantang mengatakan: “Anda tahu siapa lagi suka Roblox? Pedofilia.
Saya mahu jelaskan saya tidak akan main Roblox.”

Cat melahirkan kebimbangan tentang permainan tersebut selepas seorang lelaki British dikenakan 28 tahun penjara selepas melakukan sembang seksual bersama gadis berusia 14 tahun yang dihubungi menerusi Roblox.

Di Amerika Syarikat, undang-undang mengenai permainan video tersebut juga disuarakan berikutan kebimbangan ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak yang bermain Roblox.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Must Watch Video

Advertisement