Skip to main content

Indonesia

Doktor Pesan Rizky Billar Jangan Buat Lesti Kejora Hamil Lagi

Astro Gempak rizky lesti

Sekilas

  • Rizky Billar mengaku tidak berniat untuk tambah anak selepas isteri, Lesti Kejora, selamat melahirkan anak ketiga perempuan baru-baru ini.
  • Doktor menasihatkan Lesti supaya tidak hamil lagi kerana mengalami penipisan dinding rahim yang boleh membahayakan kesihatan.
  • Kehamilan ketiga tidak dirancang dan mereka sudah menggunakan IUD untuk jarakkan kehamilan, namun semuanya adalah ketentuan Allah.
Advertisement

Pelakon Rizky Billar mengaku tidak berniat untuk menambah anak lagi selepas isterinya, Lesti Kejora selamat melahirkan cahaya mata ketiga yang juga seorang perempuan baru-baru ini.

Dia juga memberitahu dinasihatkan doktor agar tidak membuat penyanyi dangdut itu hamil lagi atas faktor kesihatan. Lesti diketahui mengalami penipisan pada dinding rahim yang boleh memudaratkan dirinya jika hamil lagi dalam tempoh dekat.

Advertisement

“Selepas melahirkan, doktor pesan untuk sebaiknya cukup ya (hamil). Stop di sini,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Menurut Rizky, kehamilan ketiga Lesti bukan dalam rancangan memandangkan mereka baru menimang anak kedua, Leshia Tivana Billar pada Januari tahun lalu.

“Sebenarnya sejak kehamilan kedua doktor sudah pesan untuk Lesti kalau boleh jangan hamil lagi.

Advertisement

“Kami juga sudah berhati-hati dan memakai alat pencegahan IUD dalam usaha menjarakkan kehamilan anak kedua dan ketiga tetapi semua ini aturan Allah,” katanya lagi.

Justeru sepanjang kehamilan ketiga sebelum selamat melahirkan anak ketiga mereka pada 23 Februari lalu, Lesti menjaga diri dan kandungan dengan cermat selain kerap bertemu doktor.

Rizky juga memberitahu kesihatan Lesti dan anak mereka berada dalam keadaan sihat. “Alhamdulillah mereka sihat,” katanya.

Anak pertama mereka, Muhammad Levian Al-Fatih Billar lahir pada tahun 2021.

Anda mungkin berminat dengan

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Must Watch Video

Advertisement