Skip to main content

Hollywood

Dolly Parton Meninggal Dunia Kerana Barah

Dolly Parton Meninggal Dunia Kerana Barah

Sekilas

  • Dolly Parton, ikon Hollywood berusia 80 tahun, meninggal dunia selepas berjuang melawan barah, menurut pengesahan keluarganya.
  • Sepanjang lebih enam dekad, Parton menghasilkan lebih 3,000 lagu dan menjual lebih 100 juta unit album, selain aktif dalam kerja kemasyarakatan melalui The Dollywood Foundation.
  • Rakan artis terkenal seperti Sir Paul McCartney dan Sir Elton John mengenang Parton sebagai individu berbakat besar dan tiada pengganti.
Advertisement

Pesohor Hollywood, Dolly Parton dilaporkan meninggal dunia pada usia 80 tahun. Kematian Parton diumumkan oleh keluarga yang menyifatkan mereka telah kehilangan ‘harta’ paling bernilai.

Bagaimanapun pihak keluarga tidak mendedahkan punca kematian bintang yang diketahui meninggal dunia dengan tenang di Nashville. Ironi, sejak kebelakangan ini, Parton memang memberitahu sedang berdepan masalah kesihatan, lapor BBC.

Advertisement

Namun pasukan Parton kemudian mengesahkan Parton meninggal dunia selepas berjuang melawan barah tanpa mendedahkan jenis barah yang dihidapi penyanyi Jolene itu.

Malah pada 21 Ogos lalu, Parton memberitahu People: “Saya sedang berdepan dengan beberapa masalah kesihatan yang telah lama saya abaikan kerana lebih memberi tumpuan kepada Dean.” Carl Dean adalah suaminya yang meninggal dunia tahun lalu.

Parton pertama kali menulis lagu pada usia enam tahun berjudul  Little Tiny Tasseltop sebelum terus menjadi salah seorang bintang legenda yang cukup berbakat besar di Hollywood.

Sepanjang enam dekad menghidupkan industri hiburan, Parton telah menjual lebih 100 juta unit album dengan lebih 3,000 lagu dihasilkan sepanjang karier.

Selain dunia hiburan, Parton juga sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan dan sering memberi tumpuan kepada pendidikan kanak-kanak serta mempunyai organisasi yang didirikan dengan nama The Dollywood Foundation.

Sementara itu hampir seluruh karyawan seni Hollywood berkongsi kedukaan dan mengenang Parton sebagai seorang individu yang sangat baik, ceria dan berbakat besar.

Sir Paul McCartney dipetik berkata: “Sukar membayangkan dunia tanpa Dolly Parton”, sementara Sir Elton John menyifatkan Parton sebagai seorang yang unik dan tidak akan mempunyai pengganti.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement