Skip to main content

Hiburan

Dr Fie Dedah Dah Lama Kagum Dengan Mawi, Netizen Pula Faham Maksud Tersirat - “Take Time, Insya-Allah Semuanya Akan Okay”

Dr. Fie

Sekilas

  • Dr. Afifah Hidayah, isteri penyanyi Nubhan, meluahkan kekaguman terhadap perjalanan karier Mawi yang pernah mencetuskan fenomena 20 tahun lalu di Akademi Fantasia.
  • Dr. Afifah memuji tagline 'Mawi World' yang digunakan Mawi ketika muda sebagai sesuatu yang simple tapi menakjubkan dan mendunia.
  • Perkongsian Dr. Afifah mendapat perhatian ramai netizen yang turut memberikan sokongan, terutama berkaitan isu peribadi beliau dan Nubhan.

Isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa kagum terhadap perjalanan karier seni penyanyi, Mawi.

Menerusi ciapan di aplikasi Threads, Dr. Afifah yang lebih mesra disapa Dr. Fie berpendapat bahawa Mawi merupakan antara penyanyi pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu.

Ujar Dr. Fie, dia juga sangat mengagumi Mawi sejak penyertaan penyanyi itu di Akademi Fantasia (AF) 20 tahun yang lalu.

“Satu perkara tentang Mawi ialah saya sangat mengagumi dia masa muda-muda dulu.

“Di AF dia dah pakai tagline Mawi World! Simple tapi menakjubkan. Waktu itu lagi dia dah pakai istilah mendonia,” kongsinya.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-rata bersetuju dengan pendapat Dr. Fie.

Malah, ada juga netizen yang menganggap ciapan Dr. Fie itu menandakan dia menonton Gegar Vaganza 12 dan memberikan sokongan buat suaminya, Nubhan.

“Disebalik cerita Mawi itu saya faham. Take time Dr. Fie, insya-Allah semuanya akan okay nanti,” komen netizen.

Terdahulu, nama Dr. Fie dan Nubhan mula hangat selepas perkahwinan mereka dikatakan bermasalah dan bergolak.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurnikan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Sumber: Threads Dr. Fie

Must-Watch Video

Advertisement