Skip to main content

Hiburan

Dr Fie Didakwa Langgar Perintah Mahkamah, Ibu Titip Doa - “Ya Allah, Lindungilah Anakandaku Dari…”

Dr Fie

Sekilas

  • Dr Zailah Zainudin, ibu kepada bekas isteri penyanyi Nubhan, memohon doa agar anaknya dilindungi daripada niat jahat dan segala ujian yang dihadapi.
  • Penyanyi Nubhan memfailkan komital terhadap bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah, atas dakwaan melanggar perintah mahkamah.
  • Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 10 Ogos sebagai tarikh prosiding kedua untuk Dr Afifah mengemukakan afidavit pembelaan.

Ibu kepada bekas isteri penyanyi, Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek iaitu Dr Zailah Zainudin menitipkan doa susulan pemfailan komital yang dibuat bekas menantu terhadap anaknya yang didakwa telah melanggar perintah mahkamah.

Menerusi Instagram, Dr Zailah mendoakan agar anaknya itu dilindungi daripada segala niat jahat manusia serta segala urusannya dipermudah.

“Mohon doakan anakanda saya kuat dengan ujian ini. Ya Allah lindungilah anakku daripada segala niat jahat, daripada pandangan yang dengki, dan daripada segala kejahatan yang tersembunyi mahupun yang nyata.. aaaminn Robbi Yassir,” luahnya.

Terdahulu, penyanyi iaitu Nubhan atau nama lengkanya Ahmad Nubhan Ahamad memfailkan komital terhadap bekas isteri iaitu Dr Afifah yang didakwa telah melanggar perintah mahkamah.

Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie walau bagaimanapun tidak pasti mengapa malah meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan bekas suaminya itu.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kemudiannya menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh bagi prosiding kedua bagi membolehkan Dr Fie selaku defendan untuk memfailkan afidavit pembelaan berhubung dakwaan tersebut.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement