Skip to main content

Hiburan

Dr. Fie Keliru, Dakwa Hanya Sebahagian Barangan Dipulangkan - “Mana Ikan Salmon Ku…”

Dr. Fie

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa keliru apabila mendakwa hanya sebahagian kecil barangan miliknya dipulangkan selepas perpisahan mereka.

Menerusi satu hantaran di platfrom Threads, Dr. Afifah atau mesra disapa sebagai Dr. Fie berkata 70 peratus barangan kecil di dalam rumah itu adalah hasil pembeliannya sendiri.

“Malam-malam tak boleh tidur ni, dari pengamatan mata malam-malam ini kan macam sikit je barang saya di pulangkan. Saya rasa saya ada review peti ais. Dia pun ada hadiahkan saya peti ais. Mana peti ais itu?

“Tudung saya saja rasa ada 20 kotak. 70% barang kecil dalam rumah tu saya yang beli sebab saya memang suka shopping,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fie turut mempersoalkan kaedah pengiraan barangan antara miliknya dan bekas suami, termasuk barangan anak-anak yang diterima hasil kerjasama ulasan produk sebelum dia membeli sendiri barangan tersebut.

“Macam mana dia kira saya punya barang dan dia puya barang eh? Saya keliru, mostly barang anak-anak saya yang dapat daripada review lepas tu saya beli pulak lepada dah dapat review sebab best. Groceries saya? Mana ikan salmon ku?” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan Dr.Fie untuk tidak terlalu berkongsi mengenai isu rumah tangganya di media sosial buat masa sekarang.

“I think you should stop merentan kat socmed ni for a while..it will give a bad reputation to u. Biarkan ex you tu je yang kena kecam and wallap dengan nurtizen.

“Doc nasihat I jumpalah psychiatrist because kalau 1 hari terlalu banyak luah di social media tak membantu. Sampai ikam salmon pun you rasa kena pulangkan then I risau kesihatan mental u. Jumpa lah pakar sakit jiwa dan luah di sana mudahan dapat penyelesaian sedikit sebanyak

“Ingat pesan2 & tips2 Sifu Puteri Sarah Liyana cakap apa semalam😔

“I understand it's hard. But, just sharing my way. Every time I want to pour my heart out, I write in my notebook. Just me personally, before finding the right solution. U can overcome it, just don't ever give up.

“Dr fieeeee i faham perasaan tu😭 i paling tak suka org sentuh barang-barang i,” komen netizen.

Terdahulu, pada 2 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Must-Watch Video

Advertisement