Skip to main content

Hiburan

Dr Zulkifli Ulas Isu Suami ‘Bet’ Cerai Talak 3 Jika Argentina Kalah - “Apa Yang Dilafazkan…”

Dr Zulkifli Al Bakri

Sekilas

  • Seorang wanita mendakwa suaminya bertaruh untuk menceraikannya talak tiga jika Argentina tewas kepada Sepanyol di final Piala Dunia FIFA 2026.
  • Bekas Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan bahawa lafaz talak bersyarat akan jatuh jika syarat itu benar-benar berlaku menurut jumhur ulama.
  • Dr Zulkifli menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan lafaz yang diucapkan kerana ia boleh membawa implikasi besar, terutama dalam perkara nikah, talak dan rujuk.
Advertisement

Sejak semalam tular satu perkongsian mengenai seorang wanita mendakwa suaminya bertaruh untuk menceraikan dirinya talak tiga sekiranya pasukan Argentina tewas kepada Sepanyol pada aksi final Piala Dunia FIFA 2026.

Perkara itu pastinya menjadi tanda tanya ramai mengenai status wanita itu selepas pasukan kendalian Lionel Scaloni itu tewas 0-1 dengan pasukan Sepanyol.

Advertisement

Menjawab kepada persoalan itu,  bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberikan penjelasan menerusi satu hantaran yang dibuat di Threads.

Menurut Dr Zulkifli, berdasarkan jumhur ulama, lafaz talak yang digantungkan dengan sesuatu syarat akan jatuh apabila syarat tersebut benar-benar berlaku.

“Berdasarkan pandangan jumhur, apa yang dilafazkan suami itu: ‘Kalau Argentina kalah, isteriku tertalak tiga.’

“Kemudian syarat itu benar-benar berlaku, iaitu Argentina kalah, maka talak tersebut jatuh mengikut pandangan majoriti ulama,” kongsinya.

Dalam masa sama, Dr Zulkifli menitipkan pesan kepada umat Islam untuk sentiasa menjaga pertuturan kerana setiap lafaz yang diucapkan boleh membawa implikasi besar dalam kehidupan.

Malah, beliau turut berkongsi petikan hadis Rasulullah SAW mengenai tiga perkara yang dianggap serius meskipun dilafazkan secara gurauan.

“Kerana itu, seorang mukmin hendaklah sentiasa menjaga lisannya. Ada kalanya satu lafaz hanya mengambil beberapa saat untuk diucapkan atau hanya bergurau, tetapi kesannya boleh mengubah seluruh kehidupan.

“Tiga perkara yang seriusnya dianggap serius dan gurauannya juga dianggap serius: nikah, talak dan rujuk,” kongsinya lagi.

Di akhir perkongsian, Dr Zulkifli menasihatkan mana-mana pasangan yang berdepan situasi seperti ini untuk segera merujuk ke pihak yang berkaitan mendapatkan pengesahan serta bimbingan mengikut hukum syarak.

Terdahulu, seorang wanita menyorot perhatian apabila berkongsi tangkap layar memaparkan hantaran mesej dihantar oleh seorang rakannya di media sosial.

Menerusi tangkap layar itu, dapat dilihat rakan kepada wanita itu meluahkan rasa buntu selepas mendakwa suaminya bertaruh untuk menceraikannya talak tiga jika pasukan Argentina tewas di perlawanan akhir Piala Dunia 2026.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement