Skip to main content
Advertisement

Hiburan

DSV Dedah Bekas Suami Sempat Hantar Mesej Buat Cik B & Kacak Awal Pagi Sebelum Meninggal Dunia - “Semoga Allah Beri…”

DSV Dedah Bekas Suami Sempat Hantar Mesej Buat Cik B & Kacak Awal Pagi Sebelum Meninggal Dunia -  “Semoga Allah Beri…”

Sekilas

  • Anak usahawan terkenal Datuk Seri Vida, Cik B, berkongsi berita sedih mengenai pemergian bapa kandungnya, Mohd Amin Yasin.
  • DSV memuat naik tangkap layar mesej terakhir arwah Mohd Amin yang mengirim doa untuk kebahagiaan dan kesihatan DSV serta anak-anaknya, Cik B dan Kacak.
  • Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang turut mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat.
Advertisement

Pada Sabtu, anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B berkongsi khabar duka mengenai bapa kandungnya, Mohd Amin Yasin yang menghembuskan nafas terakhir.

Terbaharu, DSV menyorot perhatian apabila berkongsi tangkap layar memaparkan hantaran mesej yang dikirim arwah Mohd Yamin buat dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak.

Advertisement

Menerusi mesej yang dihantar, Mohd Amin menitipkan doa buat DSV, Cik B dan Kacak agar diberikan kebahagiaan dan kesihatan oleh Allah SWT.

“Assalamualaikum Datuk, semoga Allah bagi kesihatan dan kebahagiaan untuk awak, Cik B dan Kacak,” mesej Mohd Amin.

Menurut individu yang berkongsi tangkap layar itu, arwah Mohd Amin sempat menghantar mesej tersebut sebelum dirinya meninggal dunia pada Sabtu.

Advertisement

“Datuk Seri, rupanya arwah ada WhatsApp nombor saya ini pukul 1.40 pagi.

“Mungkin dia ingat ini nombor Datuk Seri kot,” kongsi individu tersebut.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak sambil mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement