Sekilas
- Datuk Fazley Yaakob berkongsi tangkap layar perbualan lucu bersama Datuk Seri Vida yang menunjukkan DSV merajuk kerana Fazley memuat naik gambar badan di media sosial.
- Perbualan mereka di Threads menarik perhatian netizen yang terhibur dengan gaya komunikasi mereka yang santai dan kelakar.
- Rata-rata komen netizen memuji hubungan mereka dan berkongsi rasa suka dengan interaksi mesra pasangan selebriti ini.
Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob menyorot perhatian netizen selepas berkongsi foto perbulaannya bersama kekasih hati, Datuk Seri Vida.
Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsikan di Threads, DSV difahamkan merajuk dengan pelantun lagu Asmara Ini kerana menayang tubuh badannya di sosial media.
“Erm guys.. help? 👉👈 (Sebab pakai gambar muay thai dalam video ),” tulis Fazley.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perbualan antara Fazley dan DSV.
“Boleh je bercinta tanpa babitkan kitorang dato 😢
“Ya tuheyyy, hahahaha style dia chat serupa zaman hingusan kita. Rupanya semakin tua semakin kita kembali ke zaman hingusan??? 🤣
“Patut lah genz taknak kalah. Orang tua pun bercinta macam ni. Geli 🤣🤣
“Now aku ada parents angkat. Aku ship couple yg ni 💗
“Mesti dato tengah bahagia kan.. semoga bahagia selalu bersama tersayang..
“Bercinta tu bercinta jelah 2 orang nape ajak kami sekali pulak 🥹🥹
“Haaaa kan dah kena bebel ...dah cakap dah jangan letak jangan letak nti sayang marahhh hahahahahahahhahahahahahahahahha (gelak jahat ni),” komen netizen.