Skip to main content

Indonesia

Dua Bulan Berhijab Ashanty Sempat ’Tergoda’ Tengok Baju Lama: “Ruginya Kalau Saya Tak Pakai…”

Dua Bulan Berhijab Ashanty Sempat ’Tergoda’ Tengok Baju Lama: “Ruginya Kalau Saya Tak Pakai…”

Sekilas

  • Ashanty memilih untuk berhijab selepas menunaikan ibadah haji dan menerima sokongan positif daripada peminatnya.
  • Dia mengakui perjalanan berhijab penuh cabaran, termasuk rasa sayang untuk melepaskan koleksi pakaian lama dan ujian untuk kekal istiqamah.
  • Selepas menunaikan haji, Ashanty berharap penghijrahannya menjadi permulaan untuk memperbaiki diri dan terus istiqamah di jalan Allah.
Advertisement

Keputusan penyanyi dan usahawan terkenal Indonesia, Ashanty, untuk mengenakan hijab selepas menunaikan ibadah haji nyata mencuri perhatian ramai. Penampilan baharu isteri kepada Anang Hermansyah itu menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang menyokong penghijrahannya.

Namun, di sebalik tekad untuk terus berhijrah, Ashanty mengakui perjalanan mengekalkan pemakaian hijab bukan sesuatu yang mudah. Menurutnya, proses berhijrah merupakan perjalanan kerohanian yang penuh dengan cabaran dan ujian dalaman. Sebagai manusia biasa, katanya, iman seseorang pasti ada turun naik, justeru dia sentiasa memohon kekuatan daripada Allah agar mampu kekal istiqamah.

Advertisement

"Sebenarnya saya banyak bertanya kepada Allah. Saya fikir, 'Saya betul-betul bersedia ke untuk berhijab?' atau 'Saya mampu tak untuk terus istiqamah?' Tapi semua ini adalah proses. Saya cuma mohon doa semua supaya saya terus kuat memakai hijab," katanya seperti dilaporkan Viva.co. ketika ditemui di Jakarta baru-baru ini.

Malah antara detik yang paling menguji dirinya adalah ketika mengemas semula almari pakaian yang dipenuhi koleksi busana lama. Akui Ashanty masih banyak koleksi pakaian  baharu dan belum pernah dipakai serta mempunyai tanda harga.

Ashanty berkata, melihat semula koleksi pakaian kesayangannya membuatkan dia berasa sayang untuk melepaskannya. Tanpa berselindung, dia memberitahu  pernah terlintas di fikirannya untuk kembali kepada penampilan dahulu (tidak bertudung).

"Bila saya kemas almari tempoh hari, banyak baju lama yang masih ada tanda harga. Saya fikir, 'Ruginya kalau tak pakai.' Malah bila tengok gambar-gambar lama dengan rambut terurai, sempat juga terfikir mahu buka tudung.

"Tapi kemudian saya muhasabah diri semula. Sampai bila saya nak kejar dunia?" luahnya.

Terdahulu Ashanty bersama Anang menunaikan haji pada Mei lalu selepas bertahun-tahun menunggu hajat besar dijemput menjadi tetamu Allah itu termakbul. Pasangan itu sebelumnya diketahui telah mendaftar menunaikan haji melalui pakej Haji Plus sejak 2018. Mereka sepatutnya berangkat ke tanah suci pada 2024 namun terpaksa ditangguhkan atas beberapa faktor.

Kini, selepas berjaya menunaikan rukun Islam kelima, Ashanty berharap penghijrahannya bukan sekadar perubahan dari segi penampilan, sebaliknya menjadi titik permulaan untuk terus memperbaiki diri dan kekal istiqamah di jalan Allah.

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

(READYSTOCK) Festive Anarkali Kurta with Palazzo & Dupatta Indian Punjabi Set Suit By Fashion Divaa

(READYSTOCK) Festive Anarkali Kurta with Palazzo & Dupatta Indian Punjabi Set Suit By Fashion Divaa

JEEL Supreme Kurti - RM59 each | Vibrant Colours | Perfect for Occasion Wear | With Lining |

JEEL Supreme Kurti - RM59 each | Vibrant Colours | Perfect for Occasion Wear | With Lining |

(Refine by Lovito) Elegant Braid Flat Sandals for Women LR15E332 (Refine by Lovito) Sandala Rantai Ramping Yang Elegan untuk Wanita LR15E332

(Refine by Lovito) Elegant Braid Flat Sandals for Women LR15E332 (Refine by Lovito) Sandala Rantai Ramping Yang Elegan untuk Wanita LR15E332

Leggings for women Kain cotton stratchble size s.m.L.xl.xxl. all ready stock di malaysiya

Leggings for women Kain cotton stratchble size s.m.L.xl.xxl. all ready stock di malaysiya

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

Must Watch Video

Advertisement